Wednesday 9 November 2016

AKTIVITI 6-15/7/2015

CATATAN HARIAN

Teks : Zaliha Yeop

PERJALANAN PERSARAAN SAYA


6/7/2015 – Isnin
19 Ramadan 1436H
Rutin Ramadan masih seperti biasa. Rakan saya Umi dari Farmasi Sitiawan datang ke rumah memperkenalkan produk facial Nu Skin. Percubaan hari pertama. 

Hari ini saya memperuntukkan masa untuk membeli barang-barang keperluan dapur di AEON dan mencari sebuah ‘Freezer’ menyimpan stok makanan untuk Hari Raya.

7/7/2015 – Selasa
20 Ramadan 1436H
Cuaca di Seri Manjung hari ini agak mendung. Hujan lebat turun usai jemaah Masjid selesai Solat Subuh. Tak perlu berfikir panjang kami redah juga hujan menaiki motor balik ke rumah hingga basah lenjun dan mandi semula untuk rutin harian seterusnya.

Tiba-tiba rasa terpanggil pula untuk mengemas bilik Alia dan Aliff sebelum kontraktor memasang kabinet pasang siap yang baru. Kali terakhir operasi sebegini tahun 2011 (semasa digantung kerja selama 16 minggu-cerita yang panjang dan akan menjadi sebahagian penceritaan saya pada masa akan datang).

Operasi mengemas pada asalnya sekadar mahu mengeluarkan dan menyusun semula pakaian lama untuk dipindahkan ke kabinet baru. Bersihkan ruang dan apa yang perlu pada bilik tersebut.
Oleh kerana semangat yang tinggi dan berkobar-kobar saya dapati terlalu banyak yang perlu dibersih/kemaskan dan disusun atur semula pada bilik2 tersebut. 

Almari lama perlu dipindahkan ke Home Office begitu juga dengan 'side cabinet' dalam bilik Azeem. Menyusun atur semula perabut juga menuntut tugasan pembersihan tempat asal laluan dan yang baru. Kesudahannya saya perlu mengemas/membersihkan bukan 2 bilik tetapi keseluruhan tingkat bawah sehingga ke dapur.

Dari sudut lain pula saya mendapat ilmu baru mencuci/mengemas rumah (....mungkin saya yang baru tahu) iaitu mengelap dinding bilik/rumah menggunakan air yang dicampur dengan cuka (dan bukan bahan pencuci).

Dinding akan tampak baru/berseri dan tidak kusam boleh jimatkan kos dari mengecat semula. Peringatan pastikan cat asal pada dinding yang berkualiti dan bukan cat kapur. Seingatan saya cat dalaman rumah ini semenjak dibeli dan ubahsuai pada tahun 2005 lagi dan tiada perubahan.

Big Boss pun 'happy' apabila saya tunjukkan perubahan pada dinding rumah selepas dilap dengan air yang dicampur cuka. Sepatutnya tugasan ini tidak perlu saya lakukan kerana sudah di 'outsourced' kepada pembantu yang datang 3 kali seminggu dan saya telah membuat bayaran tambahan membersihkan keseluruhan rumah untuk menyambut Hari Raya pada Sabtu lepas. Itu yang membuat Big Boss rasa tidak puashati apabila kebersihan rumah tidak mencapai tahap piawaiannya.

Pengalaman mencuci yang begitu menarik (mengambil hati Big Boss...hehe) membuatkan saya bersemangat mengemas dari satu bilik ke bilik yang lain dan akhirnya keseluruhan lantai rumahpun saya mop dengan air dan cuka juga.

Walaupun penat tetapi puashati dengan keadaan rumah yang bersih dan secara tidak langsung dapat 'exercise' berpeluh membuat kerja rumah di bulan puasa.

Apabila kabinet yang baru siap dipasang (janji kontraktor sebelum Raya...) akan selesai semua susun atur perabut di rumah begitu juga dengan Home Office saya. Semuga saya lebih bersemangat untuk menjalankan tugas/'business from home' yang saya impikan. In Sha Allah.

Ironi dari pengalaman saya hari ini mengingatkan saya pada suatu ketika dahulu..seorang kakitangan memberitahu saya begini - 'Boss you are a perfectionist..you always want it your way'. Jawapan saya kepada beliau ialah - 'I am responsible and answerable for whatever you do..so do it as I want you to do!'. Itu scenario masa jadi 'Manager'.

Berbalik kepada mengemas sendiri rumah hari ini walaupun 'so called' telah dibersihkan dan tidak mahu bising2 dengan hasil kerja orang lain...adakah saya masih dianggap sebagai seorang yang 'perfectionist'? Alia juga pernah berkata kepada saya..'Mama you set a very high standard and you as the benchmark'. Saya masih 'perfectionist' juga ke?

Dua scenario berbeza yang pasti - saya buat sesuatu bersungguh2 untuk mendapat hasil yang terbaik untuk diri sendiri dan juga orang2 disekeliling kita.

8/7/2015 – Rabu
21 Ramadan 1436H
Lagi Sembilan hari lagi berpuasa. Rutin Ramadan masih seperti biasa dan tiada yang luar biasa. Percubaan kedua facial Nu Skin bersama Umi.

9/7/2015 – Khamis
22 Ramadan 1436H
Rutin Ramadan dan persiapan awal untuk Hari Raya dengan menghantar kereta NAZA untuk ‘service’sebelum digunakan untuk perjalanan sekeluarga balik kampong. Selain dari itu kami pun membeli barang-barang keperluan untuk Hari Raya.

10/7/2015 - Jumaat  
23 Ramadan 1436H
Rutin Ramadan seperti biasa. ‘Home Office’ ditutup untuk pecutan terakhir Ramadan. Melalui email Dr Azizan Osman menawarkan lima (5) Modul Video Online PERCUMA yang perlu diikuti sehingga tamat untuk meningkat potensi diri.

11/7/2015 – Sabtu
24 Ramadan 1436H
Rutin Ramadan seperti biasa. Hari ini saya mengikuti Modul Pertama Video Online Dr Azizan Osman. Module 1 Kuasai Potensi Diri Yang Sebenar berdurasi 55 minit.

12/7/2015 – Ahad
25 Ramadan 1436H
Rutin Ramadan seperti biasa. Saya mengikuti Modul Kedua Video Online Dr Azizan Osman - 10 Halangan Kejayaan Seseorang. 

13/7/2015 – Isnin
26 Ramadan 1436H
Rutin Ramadan seperti biasa. Hari ini kontraktor dating memasang kabinet pasang siap yang ditempah sehari suntuk. Selesai pemasangan bermulalah operasi kami untuk mengemas pula. Tugasan mengemas saya telah ‘outsourced’ kepada tuan punya bilik Alia dan Azeem. Saya akan mengemas untuk bilik Aliff. Alia sudahpun balik ke rumah 12.30 pagi Ahad dan mula bercuti panjang untuk Hari Raya.

Saya pula mengikuti Modul Ketiga Video Online Dr Azizan Osman – Mencari Kunci Perubahan Hidup Bersama Afdlin Shauki.

Ramadan tinggal 3 hari sahaja. In Sya Allah hari Jumaat umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Fitri tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa. Semuga amal ibadat kita Ramadan ini diterima Allah swt dan bertemu semula tahun hadapan.

Senarai semak pencapaian berbaki 4 hari saya amat bersyukur menjalani ibadah puasa dengan tenang dan sempurna sebagai YB mengikuti aktiviti yang dirancang. Tidak terkejar-kejar waktu pergi/balik kerja berbuka terawih cuti raya dan yang lain-lain.

Dari sudut itu pencapaian perlaksanaan A+ (Allah tentukan pahala) manakala cita-cita untuk Hidup Luar Biasa masih jauh dari sasaran.

Untuk ke arah itu saya kena ada - MESTI
M-Mentor
E-Elmu (Ilmu dan Emosi)
S-Strategi/Sistem
T-Tindakan
I-Impian/Istiqamah

Saya sudah ada M, E dan S masih ada yang perlu ditimba/perolehi supaya lebih mantap, T baru satu/langkah dan perlu berterusan untuk mencapai I. Resultnya juga masih jauh dari pandangan.

Untuk tidak memberi alasan tindakan yang lebih agresif/konsisten/komitmen perlu dilakukan secepat mungkin kalau tidak saya akan menjadi seperti '5 frogs sitting on the log 3 decided to jump how many frogs left?'.

Sudah banyak pelaburan untuk mencapai Hidup Luar Biasa semuga Allah melimpahkan rahmatnya untuk menggapai apa yang saya impikan.

14/7/2015 – Selasa
27 Ramadan 1436H
Rutin Ramadan seperti biasa. Tumpuan hari ini kepada Modul ke Empat Video Online Dr Azizan Osman – Formula Untuk Hidup Luar Biasa.

15/7/2015 – Rabu
28 Ramadan 1436H
Rutin Ramadan seperti biasa. Hari ini Modul ke Lima Video Online Dr Azizan Osman – Langkah Penting Untuk Berjaya. 


Alhamdulillah saya berjaya mengikuti secara percuma video-video online tersebut. Semuga saya dapat melaksanakan semua ilmu yang diberi. 

Terima kasih Dr Azizan Osman.

No comments:

Post a Comment