HARTA DAN PUSAKA

HARTA PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop

Kenapa saya berminat kepada Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka?

Semasa menghadiri Program IMKK Dr Azizan Osman 30/4/2015 - 3/5/2015, kawan baik saya semenjak sekolah Rendah dan Menengah, Puan Suraiya Mohd Noor mencadangkan agar saya melibatkan diri di dalam Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka di Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd sebagai kerjaya selepas bersara. Bidang ini mempunyai potensi dan peluang yang luas untuk berkembang. Selain dari memberi kesedaran perancangan harta dikalangan masyarakat Islam ia juga mampu untuk dijadikan kerjaya memberi pendapatan yang baik secara sepenuh atau separuh masa.


Setelah mendaftarkan nama saya pun menghadiri Kursus Asas Program Pengurusan dan Perancangan Harta dan Pusaka di Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd (WSSB) pada 14-15/6/2015 selama dua hari. Semasa kursus kami dimaklumkan bahawa kesemua peserta yang hadir ialah ‘DAIE’ Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.

Sambil tersenyum hati saya berkata-kata “Tak masuk audition ‘Program Daie’ di TV3 jadi Daie pula di Wasiyyah Shoppe…”. Walau apapun juga persepsinya, makna Daie itu secara sendiri menjadikan saya satu pertanggungjawaban yang berat untuk dilaksanakan. Selama dua hari saya didedahkan kepada isu yang dekat tetapi jauh dengan kita. Saya katakan begitu kerana kita biasa mendengar perkataan Harta Pusaka,  Wasiat dan Faraid. Perkataan yang biasa didengar tetapi tak tahu secara menyeluruh dari segi makna dan perlaksanaannya.

Semuanya kerana ilmu mengenai harta pusaka wasiat dan faraid bukan dijadikan asas pembelajaran  semasa di sekolah dahulu. Perkataan-perkataan tersebut menjadi sebati dengan kita apabila terdengar perbualan emak dan ayah semasa berbincang dengan adik beradik mereka selepas kematian Datuk/Nenek yang merupakan ayah/ibu mereka. Adakalanya perbincangan diantara mereka agak tegang sehingga timbul berbalahan atau bermasam muka diantara satu sama lain. Ada juga bapa/ibu saudara kita tidak pulang ke kampong berhari raya atau semasa kenduri kendara kerana berkecil hati selepas pembahagian harta pusaka.

Sebagai anak sudah tentu kita tidak berani untuk bertanya mengapa itu dan ini sekiranya perkara sedemikian berlaku tetapi kita adalah pemerhati yang setia melihat tingkah laku mereka. Hari ini saya berdepan dengan permasalahan yang sama cuma dari sudut yang berbeza iaitu berusaha untuk   mengubah ‘mindset’ masyarakat Melayu Islam supaya mereka didedahkan kepada ilmu Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka. 

Dengan adanya ilmu sebegini perbalahan di dalam perebutan harta pusaka dalam dikurangkan dan perlaksanaan pembahagian boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan dan bermanafaat kepada simati dan waris-warisnya.

Saya mulakan perkongsian ilmu berikut dengan anda semua dengan bahasa yang mudah supaya tidak membosankan untuk manafaat bersama.

Wasiat

Wasiat  bagi orang Islam:
(Surah Al Baqarah ayat 180 – Diwajibkan atas kamu apabila maut hendak menjemput seseorang di antara kamu, jika dia meninggalkan harta berwasiat untuk kedua orang tua dan karib kerabat dengan cara yang baik sebagai kewajiban bagi orang-orang yang bertakwa)

1. Wasiat Pentadbiran/melantik Wasi
2. Wasiat 1/3 – memperuntukan 1/3 harta pusaka kepada bukan          waris.
3. Pengagihan harta melalui wasiat untuk waris – tidak
   digunapakai KECUALI dipersetujui oleh waris mengikut       
   hukum Faraid.

Konsep Perwarisan Harta dan Pusaka Orang Islam terbahagi kepada:

A. Pengurusan Pusaka Selepas Kematian
-     Mahkamah Tinggi Syariah
-     Mahkamah Tinggi Sivil
-     Pendaftar Pusaka Kecil

B. Dokumen Perancangan Sebelum Kematian
-     Perlantikan Wasi/Pentadbir
-     Wasiat 1/3
-     Harta Sepencarian
-     Hibah
-     Amanah
-     Pewarisan Perniagaan


Pengurusan Harta Pusaka Selepas Kematian.

Apakah proses undang-undang yang perlu dilalui oleh waris? 

Pengurusan harta pusaka melibatkan pengurusan di :

A. Mahkamah Tinggi Sivil – untuk harta melebihi RM2.0 juta.
B. Pejabat Pusaka Kecil – untuk harta RM2.0 juta kebawah.
C. Mahkamah Tinggi Syariah
    
Mahkamah Tinggi Syariah akan mengeluarkan:
-    Sijil Faraid
-    Harta Sepencarian
-    Hibah
-    Wasiat 1/3
-    Hadanah

Setelah selesai urusan-urusan dengan badan perundangan tersebut proses turun Hakmilik harta kepada waris melalui ‘Surat Kuasa Tadbir.

Siapakah yang berhak menuntuk harta pusaka simati?
a. Waris-waris mengikut hukum Faraid
b. Pemberi hutang
c. Baitulmal

Apakah punca Harta Pusaka orang-orang Islam di Malaysia terbeku?
·  Tiada permufakatan dikalangan waris-waris
·  Urusan harta pusaka melibatkan proses undang-undang Mahkamah  Syariah dan Mahkamah Sivil.
·  Urusan tuntutan/pentadbiran harta pusaka oleh waris melibatkan  kos yang tinggi
·  Waris-waris tidak jelas dengan hukum Faraid.

Mengapa mereka perlu melalui proses undang-undang Sivil?

Waris-waris perlu melalui proses undang-undang Sivil bagi mendapatkan :
a. Surat Kuasa Tadbir
b. Perintah Pembahagian Harta Pusaka.

Bagaimana proses agihan Harta Pusaka mengikut hukum syarak?

Harta Simati
Tolak : Pengurusan Jenazah
Harta Simati
Tolak : Hutang Simati
Harta Simati
Tolak : Hibah/Amanah
Harta Pusaka
Tolak : Hutang
Harta Pusaka Bersih
Tolak :
1.      Harta Sepencarian
2.      Wasiat Islam 1/3
Harta Pusaka Bersih - Harta Pusaka yang akan diagihkan mengikut Faraid

Saya berikan anda contoh kiraan agihan Harta Pusaka mengikut hukum syarak bagi memudahkan kefahaman kita mengenai perkara tersebut:

Nilai Harta Simati                            RM300,000
Tolak: Hibah/Amanah                           RM180,000
Harta Pusaka                                  RM120,000
Tolak Hutang                                  RM  5,000
Harta Pusaka Bersih                           RM115,000
Wasiat 1/3                                    RM 38,333
Baki                                          RM 76,667
Tolak Harta Sepencarian (1/2)                 RM 38,333
Baki Harta Pusaka                             RM 38,334
           * dibahagi antara waris mengikut                 permuafakatan Faraid atau samarata.           
Anda tahu berapa bahagian di dalam hukum Faraid? 

Bahagian anda berbeza mengikut status kedudukan anda dengan simati. Anda ingin tahu? Saya terangkan dahulu apa itu Faraid.

Faraid
(http://faraid.usm.my)
Faraid menurut istilah syarak adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama da beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematian. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya seperti anak, isteri/suami, ibu dan lain-lain menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang dan wasit yang dibenarkan oleh syarak.

Harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah :
1.      Tanah
2.      Bangunan/rumah
3.      Barang kemas
4.      Insuran dan Wang Tunai
5.      Binatang ternakan

Bahagian waris mengikut Faraid ( Surah An Nisa ayat 11, 12 dan 176)
Golongan Ashabul Furud – penerima bahagian yang ditetapkan oleh syarak:

Suami                                  ½ atau ¼ (ada anak)
Isteri                                 ¼ atau 1/8 (ada anak)
Anak Lelaki                            2 dan Asobah
Anak Perempuan                         1 = ½ , 2 = 2/3
Ibu                                    1/6 , 1/3
Ayah                                   1/6 , Asobah
Adik Beradik                           L = 2 : P = 1

Nota:
Asobah merupakan golongan yang akan terima baki harta setelah diberi kepada semua golongan Ashabul Furud. (Ada 3 jenis Asobah -  sila buat rujukan sekiranya perlu maklumat yang lengkap)

Mengapa Harta Pusaka sukar di warisi?

Harta Pusaka sukar diwarisi dan sering menimbulkan perbalahan keluarga yang berpanjangan kerana:

1. Waris TIDAK TAHU proses tuntutan – tiada ilmu mengenai pewarisan  harta pusaka
2. Kos tuntutan harta pusaka MAHAL – pengurusan harta pusaka 
   melibatkan kos dalam perundangan
3. Waris TIDAK FAHAM hukum Faraid – waris terdekat mengandaikan menerima bahagian yang besar tetapi sebaliknya yang berlaku.
4. Wasiat TIDAK MAMPU mewariskan harta pusaka – wasiat yang 
   ditetapkan oleh syarak ialah 1/3 kepada bukan waris. Untuk 
   waris telah ditetapkan mengikut hukum Faraid.
5. Proses mewarisi harta pusaka mengambil masa yang panjang.


Saya berharap anda masih mampu dan tidak bosan mengikuti penerangan yang diberikan. Doa saya semuga usaha yang sedikit ini mampu memberi kefahaman kepada anda mengenai Pengurusan dan Perancangan Harta dan Pusaka.

Bagaimana Wasiyyah Shoppe dapat mengelakkan Harta Pusaka Simati daripada terbeku?

Wasiyyah Shoppe memperkenalkan:

Produk PENGURUSAN Al-Wasitah,
a. DELIMA
b. NILAM
c. ZAMRUD 

yang mempunyai keistimewaan seperti berikut:

1. Semasa Hidup
-     Khidmat Nasihat Perancangan Harta Pusaka Secara Percuma
-     Membuat dan mengubah Dokumen Wasiat 1/3 dan perlantikan Wasi 
      Percuma
2. Selepas Kematian
-     Wasiyyah Shoppe berjumpa waris pada bila-bila masa untuk 
      membacakan Khutbah Pusaka dan Khidmat Rundingcara Percuma
-     Proses Tuntutan Harta Pusaka secara percuma.
-     Harta diwarisi 4-6 bulan.
-     Semua kos pengurusan ditanggung oleh Wasiyyah Shoppe

Produk PERANCANGAN pula ialah:
1. Asas Perancangan
2. Pra Hibah Harta
3. Pra Hibah Takaful
4. Pra Hibah Tabung Haji / Saham Amanah
5. Pra Hibah Barang Kemas
6. Hibah Amanah Hartanah
7. Hibah Komprehensif Hartanah

Dan beberapa lagi perancangan yang membantu pemilik untuk menghibahkan harta kepada orang yang mereka sayangi di dalam bentuk yang dikehendaki mengikut Syariah Islam.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka:

Sila hubungi saya di 012-5069062.
email: zaliha.yeop@gmail.com

No comments:

Post a Comment