Monday 28 December 2015

MELIBATKAN KOS YANG MAHAL

26/12/2015

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop
(Rujukan: Nota Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd)

CABARAN TUNTUTAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DI MALAYSIA

II. Kos Yang Mahal


Cabaran yang kedua ialah  kos yang mahal untuk waris melalui proses perundangan. Lagi banyak harta anda akan lebih tinggi kos yang dikenakan. Sekiranya proses itu memerlukan perkhidmatan guaman bagi mendapatkan Akta Probet dan Pentadbiran pihak yang mengurus dan pentadbiran pusaka boleh mengenakan caj maksima 5.0 % dari nilai harta semasa. Caj yang dikenakan tidak termasuk fi rampaian yang lain-lain.


Berikut ialah jadual kadar kos pengurusan harta pusaka:



Caj tersebut dikenakan bagi harta RM2.0 juta dan ke bawah. Pengurusan tuntutan harta pusaka di Amanah Raya Berhad dan Pejabat Pusaka Kecil.

Add caption

Caj yang dikenakan mengikut nilai harta.

Sekiranya harta anda bernilai RM900,000 caj yang dikenakan ialah RM16,750.00. Perlu diingat harta dinilai pada harga semasa. Sekiranya nilai harta anda meningkat dua kali ganda RM1.8 juta selepas kematian anda caj yang dikenakan ialah RM33,500 tidak termasuk fi rampaian yang lain-lain.

Persoalannya adakah waris anda punya kewangan yang cukup bagi biaya kos tuntutan tersebut? Sekiranya tiada apa akan jadi dengan harta pusaka tersebut? Bagaimana pula dengan waris-waris anda? 

Ini adalah salah satu punca kepada RM66.6 Billion harta yang beku dan masih di atas nama simati.

Sebagai jalan penyelesaian Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd menyediakan produk berikut:
1. Pra Hibah Harta
2. Pra Hibah Takaful
3. Pra Hibah Tabung Haji
4. Pra Hibah Barang Kemas
5. Hibah Amanah Hartanah
6. Hibah Komprehensif Hartanah.

Bagi Hibah caj yang dikenakan ialah nilai hartanah pada masa anda menandatangani dokumen HIBAH.

Hibah ialah pemberian kasih sayang semasa hidup tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Anda boleh menentukan sendiri siapakah di antara waris anda yang akan menerima harta dan berapakah bahagian yang akan diterimanya. Harta yang telah dihibahkan terkeluar dari harta pusaka dan tidak boleh dituntut oleh waris-waris.

Selain dari itu anda boleh memberikan harta anda kepada sesiapapun yang dikehendakki dan tidak terhad kepada waris sahaja.

Anda masih boleh terus menikmati manafaat fizikal atau ekonomi dari harta tersebut walaupun ia telah dihibahkan.

Nama anda masih kekal di dalam geran hartanah selagi anda masih hidup. Pindah milik hanya dibuat selepas kematian.

Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka, hubungi saya - PM / WA : 012-506 9062 .

Bersambung....

2 comments:

  1. SAYA RANCANG HENDAK BUAT HIBAH KEPADA WARIS DAN ANAK ANGKAT .MACAMMANA CARA DAN BERAPA KOS NYA.DAN HIBAH YANG MACAM MANA SESUAI UNTUK SAYA.MOHON PENCERAHAN

    ReplyDelete
  2. SAYA RANCANG HENDAK BUAT HIBAH KEPADA WARIS DAN ANAK ANGKAT .MACAMMANA CARA DAN BERAPA KOS NYA.DAN HIBAH YANG MACAM MANA SESUAI UNTUK SAYA.MOHON PENCERAHAN

    ReplyDelete