Thursday 3 August 2017

HIBAH RUMAH YANG MASIH BERCAGAR

DARI FB EN ARIFFIN SABIRIN
16/7/2017

PERHATIAN UNTUK SELURUH RAKYAT MELAYSIA
ORANG ISLAM YANG MEMBELI RUMAH SECARA PINJAMAN BANK SILA BACA & AMBIL PERHATIAN !
YANG MANA SATU PILIHAN ANDA ??
PILIHAN 1 - Ada pandangan mengatakan rumah yg masih dlm pinjaman TIDAK BOLEH DIHIBAHKAN kerana ia masih tidak milik sempurna kerana ada hak pembiaya ( bank ) ke atasnya. Bila berlaku kematian , mrtt / mrta akan melangsaikan baki hutang & rumah itu adalah hak waris2 mengikut hukum faraid. Waris anda mungkin juga terdiri dari adik beradik anda ( cuba cek ! )
PILIHAN 2 - Ada pandangan lain mengatakan rumah yg masih dalam pinjaman BOLEH DIHIBAHKAN kerana ia adalah bersifat milik sempurna kerana tuanpunya ( peminjam ) berhak mentransaksikan rumah itu ( jual / sewa ) walaupun masih dalam pinjaman pembiaya. Walaupun begitu ia adalah "pemilikan terhad" kerana transaksi hibah hanya boleh dilakukan dengan keizinan bank melalui 4 kaedah ; ibra' , sulh , dhaman & takaful / insuran. Bila berlaku kematian sekiranya hibah telah dibuat ketika hidupnya , rumah akan menjadi milik penerima hibah dan tidak akan difaraidkan. Sudah ada kes hibah harta bercagar diluluskan oleh Mahkamah Syariah Malaysia ! Maknanya jika rumah anda masih dalam pinjaman anda tetap boleh menghibahkan rumah itu kepada sesiapa yg anda kehendaki !
Siapa kategori orang Islam yg beli rumah secara pinjaman yang biasanya akan terjejas dengan pelbagai masalah harta bercagar ?
1. Pasangan yang ada anak bawah umur 18 tahun.
2. Pasangan yang mempunyai anak bawah umur 18 tahun & masih mempunyai ibubapa.
3. Pasangan yang tiada anak.
4. Pasangan yang ada anak perempuan sahaja.
5. Pasangan yang anak istimewa.
6. Suami yang berpoligami.
7. Pasangan yang hanya suami bekerja manakala isteri suri rumahtangga sepenuh masa.
Jadi jika anda beli rumah secara pinjaman melalui pembiaya ( bank ) adakah pilihan anda PILIHAN 1 ATAU PILIHAN 2 ?
Mahu pilihan 2 .. Wasiyyah Shoppe Bhd & daie2 kami seluruh Malaysia sedia membantu. Kami ada kaedahnya.
BIAR JADI PUSAKA JANGAN JADI PUAKA ..


No comments:

Post a Comment