Thursday 3 August 2017

MENULIS SEMULA.....

Sudah agak lama saya tidak menulis di BLOG. Azam bulan Ogos 2017...diusahakan untuk menulis sambil berkongsi ilmu Pewarisan Harta daripada yang Arif. 
Semuga ISTIQAMAH.
Saya mulakan dengan berkongsi tulisan dari FB En Ariffin Sabirin Pengasas Wasiyyah Shoppe Berhad. Beliau telah memberi kebenaran kepada semua PERUNDING - FRIENDS untuk diwar-warkan kepada masyarakat umum.

FB: 17/7/2017
BARANG KEMAS ARWAH MAK NI SIAPA YANG BERHAK?
Bab harta pusaka lain spt tanah , akaun simpanan dll semuanya dah settle. 5 Adik beradik 2 lelaki & 3 perempuan semua setuju bagi sama rata. Tapi barang kemas mak ni macam mana pulak ? Siapa yang berhak? Tanya seorang si anak perempuan kepada saya.

"Sebenarnya saya yg belikan barang2 kemas tu bagi mak pakai dia nak ke majlis2 kat kampung. Jadi sekarang mak dah tak de saya nak ambil baliklah." Kata seorang anak perempuan lagi
Wah keadaan makin parah. Nilai barang kemas pula mencecah RM 70 000. Anak lelaki pula menuntut supaya ia diagih ikut faraid sebab mereka pun berhak.
JAWAPANNYA :
1. Semua harta simati ( selepas ditolak hutang ) adalah pusaka ( kecuali yg telah dihibah / diwasiat / waqf / amanah / di dalam kuatkuasa perjanjian jualbeli / dibawah surat kuasa wakil / dibawah pajakan yg masih berkuatkuasa ) & hak waris2 mengikut hukum faraid wujud ke atasnya. Maka jika barang kemas itu adalah hak simati ketika kematiannya maka ia harta pusaka & waris2 hukum faraid berhak baik anak lelaki atau anak perempuan.
2. Persoalannya di sini ada waris yg mendakwa bahawa barang kemas itu dibelinya & diserah kepada mak untuk "dipakai". Jawapan kepada persoalan ini perlu dirujuk kepada "akad" di antara si anak & mak.
Jika akadnya ialah " mak, saya hadiahkan barang kemas ini kepada mak sebagai membalas jasa baik mak membesarkan saya." .... maka ia menjadi harta pusaka & berhak waris faraid ke atasnya.
Jika akadnya ialah " mak, saya pinjamkan barang kemas ni kepada mak untuk mak pakai. Bila mak takde nanti saya ambil balik ya " ... maka ia tidak menjadi harta pusaka & perlu dipulangkan semula kepada si anak. Situasi ini bersamaan dengan hibah bersyarat umra sepanjang umur penerima hibah.
Namun kesahihan akad ini perlu ada saksi & lebih baik jika berdokumen hitam putih. Macam mana nak buat dokumen tentang barang kemas ni ? Wasiyyah Shoppe Bhd & para daienya seluruh Malaysia boleh membantu.
Maka 2 persoalan ini perlu dijawab dahulu bagi menyelesaikan isu barang kemas di atas.
BIAR JADI PUSAKA JANGAN JADI PUAKA.

No comments:

Post a Comment