Tuesday 9 February 2016

KERATAN AKHBAR AKIBAT TIDAK MERANCANG HARTA SEMASA HIDUP

9/2/2016

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop
Sumber : Wasiyyah Shoppe Bhd

Saya kongsikan beberapa keratan akhbar dari Wasiyyah Shoppe akibat tidak merancang harta semasa hidup.

Anda memerlukan khidmat nasihat mengenai Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka.

Hubungi : PM / WA : 012-506 9062 ZALIHA




KESAN PERTEMBUNGAN DI ANTARA PERSEPSI DAN REALITI..

9/2/2016

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop
Sumber: Kausar Wealth Management Sdn Bhd


KESAN PERTEMBUNGAN DI ANTARA PERSEPSI DAN REALITI..

Bila sebut pasal harta dan pusaka, masyarakat Islam di Malaysia adalah golongan yang paling terkesan kerana dari jumlah RM60 billion* harta pusaka yang terbeku (*Dato Hamim Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Harian Metro, 14 Januari 2016), dan mereka adalah penyumbang paling besar iaitu 90%.

Sebagai orang Islam, apabila berlakunya kematian, 3 perkara yang perlu disegerakan:
1. Urusan Jenazah Arwah
2. Bayarkan/uruskan Hutang Arwah
3. Bahagikan Harta Pusaka Arwah

Namun begitu, masyarakat Islam atau lebih specific masyarakat melayu mempunyai persepsi yang berbeza mengenai harta pusaka. Ia adalah satu topic yang cuba dielakkan lalu urusan ini selalunya dilewat-lewatkan. Perbincangan mengenai topik ini mungkin akan akan memberikan persepsi 'gila harta atau tamak harta', akhirnya masing-masing cuba mengelakkan untuk memulakan perbincangan ini. Antara sebab lain, waris tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan untuk menguruskan harta pusaka arwah.

Ada juga persepsi bahawa isteri dan anak adalah waris arwah sahaja oleh itu mereka yang berhak keatas harta pusaka arwah.Realitinya, dalam surah an-nisa' 11,12,176 dengan jelas telah mengariskan siapakah waris-waris arwah dan bahagian yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T pada saat arwah meninggal dunia tertakluk kepada struktur keluarga yang masih ada pada waktu kematian. Ada 25 golongan yang boleh mewarisi dan 12 golongan yang pasti ada bahagian faraid mereka.

Akibatnya, akan timbul fitnah dan ada kemungkinan ada hak waris yang diambil pihak lain. KESANNYA TERMAKAN HARTA YANG BATHIL!!

Selain dari itu, kesan lain adalah seperti dinyatakan dibawah:

'Akibatnya harta tersebut akan terbeku dan tidak dapat dimajukan. Kesan daripada pengabaian urusan pembahagian dan pentadbiran pusaka, ia boleh mencetuskan masalah seperti kes pemilikan beramai-ramai, tuntutan bertindih, harta terbiar tanpa diurus, kesulitan proses perbicaraan datam pembahagian harta si mati dan risiko kehilangan dokumen hak milik si mati (Abdul Rashid & Yaakub, 2010). Kes waris yang berlapis juga merupakan salah satu kesan daripada kelewatan
menuntut pusaka di mana pembahagian tersebut akan menjadi semakin rumit kerana melibatkan waris yang lebih ramai (Mat Hussain & Nor Muhamad, 2013). Akibat daripada harta yang tidak diuruskan atau penyelesaian agihan pusaka yang lewat, ia akan merugikan umat Islam kerana pembangunan harta tersebut akan terbengkalai walaupun harta tersebut sangat berpotensi untuk membangunkan sosio-ekonomi umat Islam(Mat Hussain & Nor Muhamad, 2013 Md Azmi & Sabit Mohammad, 2011; Shae, Wan Yusof, & Al-Edrus, 2014).
(Petikan dari : Pembahagian Pusaka dikalangan waris:Pendekatan AHP)

'ILMU ADALAH JAMBATAN UTK MENGHUBUNGKAN ANTARA PERSEPSI DAN REALITI'

Ketahui ilmu dan kaedah untuk merancang dengan mudah. Pastikan anda dan keluarga anda tidak menjadi sebahagian dari statistik RM 60 billion harta beku.

Pastikan anda #MyMap4.Pusaka
MyMap=My Syariah Money Management Program
Pusaka=Program Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka Lengkap

KAUSAR WEALTH MANAGEMENT SDN BHD giat berkongsi ilmu di jabatan swasta, kerajaan, persatuan, koperasi, kelab usahawan, pertubuhan ngo, masjid, surau, pasangan suami isteri dan individu untuk memastikan maklumat yang tepat dapat diperolehi oleh umat Islam di Malaysia.

4 LANGKAH MUDAH STEP BY STEP UNTUK MERANCANG DENGAN KAEDAH#MYMAP.PUSAKA

BERTINDAK SEKARANG UNTUK RANCANG MELALUI 4 LANGKAH MUDAH!


Hubungi : PM /WA : 012-506 9062 ZALIHA