Wednesday 30 December 2015

MEMPUNYAI WASIAT YANG MEMUDARATKAN

29/12/2015

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA


Teks : Zaliha Yeop

(Nota Rujukan Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd)

CABARAN TUNTUTAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DI MALAYSIA


III. MEMPUNYAI WASIAT YANG MEMUDARATKAN

Semasa saya memberi sesi penerangan untuk mempromosi produk/perkhidmatan pewarisan Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd, ramai memberi respon mereka telah mempunyai Wasiat dengan Amanah Raya Berhad. Mereka melanggan Wasiat-Amanah Raya Berhad secara langsung dengan membayar RM350.00 atau melalui pakej produk pembiayaan yang diperolehi dari mana-mana Bank.

Untuk makluman kebanyakan Bank di Malaysia menawarkan pakej Wasiat-Amanah Raya Berhad dengan pembiayaan yang ditawarkan.

Walau bagaimanapun mereka gagal mengemukakan dokumen/bukti langganan Wasiat yang telah dibuat. Saya ingin menarik perhatian bahawa borang Wasiat Terakhir yang anda tandatangani adalah melantik Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai Wasi/Pentadbir sahaja. Masih ada lagi proses yang anda perlu kemaskini dengan pihak ARB.

Antaranya ialah:
1. Menerima kad yang mengesahkan anda telah membuat Wasiat dengan ARB
2. Mengemukakan kepada ARB nama-nama waris beserta salinan kad pengenalan masing-masing.
3. Mengisytiharkan dengan maklumat yang lengkap harta dan pemilikkan yang akan diwariskan.
4. Menerima pengesahan dari ARB segala dokumen pewarisan yang lengkap ada di dalam simpanan mereka.
5. Mengemaskini rekod pewarisan yang sedia ada sekiranya ada penambahan harta.

Proses pewarisan/Wasiat anda lengkap apabila semua perkara di atas telah dilakukan. Sekiranya anda hanya menandatangani borang wasiat sahaja masih banyak yang perlu dilakukan supaya pewarisan/Wasiat tersebut boleh dilaksanakan dengan baik selepas kematian.

Perlu diingat anda hanya membayar ARB - RM350.00 bagi perlantikan Wasi sahaja. Apabila berlaku kematian waris perlu membayar kos/fi yang berkaitan untuk perlaksanaan. Di sini waris akan terbeban dengan kos yang dikenakan (sila rujukan kos pada tulisan saya sebelum ini).

Anda akan mengatakan Wasiatnya murah tetapi kos perlaksanaannya akan memudaratkan waris. Sekiranya waris tidak mempunyai kewangan yang mencukupi perwarisan akan mengambil masa yang lama dan berpanjangan.

Bagi mengelakkan waris mengalami kesusahan membuat tuntutan Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd menyediakan pakej Al Wasitah bagi Pengurusan Harta Pusaka selepas kematian dan Hibah bagi Perancangan Harta. Anda sebagai tuan punya harta melantik Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd sebagai Perunding Harta Pusaka dan merancang kepada siapa harta akan diwariskan dengan membayar fi yang ditetapkan.

Apabila berlaku kematian waris anda menerima harta pusaka dengan percuma. 

Anda perlukan khidmat nasihat Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka,

Hubungi saya :  PM / WA 012-506 9062

Bersambung....




Monday 28 December 2015

MELIBATKAN KOS YANG MAHAL

26/12/2015

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop
(Rujukan: Nota Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd)

CABARAN TUNTUTAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DI MALAYSIA

II. Kos Yang Mahal


Cabaran yang kedua ialah  kos yang mahal untuk waris melalui proses perundangan. Lagi banyak harta anda akan lebih tinggi kos yang dikenakan. Sekiranya proses itu memerlukan perkhidmatan guaman bagi mendapatkan Akta Probet dan Pentadbiran pihak yang mengurus dan pentadbiran pusaka boleh mengenakan caj maksima 5.0 % dari nilai harta semasa. Caj yang dikenakan tidak termasuk fi rampaian yang lain-lain.


Berikut ialah jadual kadar kos pengurusan harta pusaka:



Caj tersebut dikenakan bagi harta RM2.0 juta dan ke bawah. Pengurusan tuntutan harta pusaka di Amanah Raya Berhad dan Pejabat Pusaka Kecil.

Add caption

Caj yang dikenakan mengikut nilai harta.

Sekiranya harta anda bernilai RM900,000 caj yang dikenakan ialah RM16,750.00. Perlu diingat harta dinilai pada harga semasa. Sekiranya nilai harta anda meningkat dua kali ganda RM1.8 juta selepas kematian anda caj yang dikenakan ialah RM33,500 tidak termasuk fi rampaian yang lain-lain.

Persoalannya adakah waris anda punya kewangan yang cukup bagi biaya kos tuntutan tersebut? Sekiranya tiada apa akan jadi dengan harta pusaka tersebut? Bagaimana pula dengan waris-waris anda? 

Ini adalah salah satu punca kepada RM66.6 Billion harta yang beku dan masih di atas nama simati.

Sebagai jalan penyelesaian Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd menyediakan produk berikut:
1. Pra Hibah Harta
2. Pra Hibah Takaful
3. Pra Hibah Tabung Haji
4. Pra Hibah Barang Kemas
5. Hibah Amanah Hartanah
6. Hibah Komprehensif Hartanah.

Bagi Hibah caj yang dikenakan ialah nilai hartanah pada masa anda menandatangani dokumen HIBAH.

Hibah ialah pemberian kasih sayang semasa hidup tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Anda boleh menentukan sendiri siapakah di antara waris anda yang akan menerima harta dan berapakah bahagian yang akan diterimanya. Harta yang telah dihibahkan terkeluar dari harta pusaka dan tidak boleh dituntut oleh waris-waris.

Selain dari itu anda boleh memberikan harta anda kepada sesiapapun yang dikehendakki dan tidak terhad kepada waris sahaja.

Anda masih boleh terus menikmati manafaat fizikal atau ekonomi dari harta tersebut walaupun ia telah dihibahkan.

Nama anda masih kekal di dalam geran hartanah selagi anda masih hidup. Pindah milik hanya dibuat selepas kematian.

Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka, hubungi saya - PM / WA : 012-506 9062 .

Bersambung....

TWINS OF FAITH CONFERENCE 2015

TWINS OF FAITH CONFERENCE 2015

TWINS OF FAITH CONFERENCE 2015


Saturday 26 December 2015

PROSES PERUNDANGAN YANG RUMIT

25/12/2015

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop
(Rujukan Nota Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka)

CABARAN TUNTUTAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DI MALAYSIA

I. Proses perundangan yang rumit

Adakah waris anda tahu apa proses yang mesti dilalui untuk menuntut harta pusaka? Proses menuntut harta pusaka melibatkan institusi seperti berikut:
1. Pejabat Pesaka Kecil
2. Mahkamah Tinggi Sivil
3. Amah Raya Berhad.
4. Mahkamah Syariah

Bidang kuasa tuntutan harta pusaka bagi harta berjumlah RM2.0 juta dan ke bawah dikendalikan oleh:
1. Pejabat Pesaka Kecil
2. Amanah Raya Berhad.

Manakala harta yang melebihi RM2.0 juta di bawah seliaan Mahkamah Tinggi Sivil.

Pewarisan dan pengurusan harta dan pusaka selepas kematian melibatkan Mahkamah Tinggi Sivil dan Pejabat Pesaka Kecil/Amanah Raya Berhad bagi turun hakmilik kepada waris dengan 'Surat Kuasa Tadbir'.

Pengurusan di Mahkamah Syariah pula ialah bagi mendapatkan;
1. Sijil Faraid
2. Harta Sepencarian
3. Hibah
4. Hadanah

Saya ingin mengajukan beberapa soalan, 'mampu dan tahukah waris melalui proses ini selepas anda meninggal dunia?

Anda sebenarnya boleh membantu mengelakkan waris daripada masalah perwarisan harta pusaka dengan melanggan Produk Al Wasitah Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd. Al Wasitah memberi manafaat sebelum dan selepas kematian.

Manafaat sebelum kematian ialah:
1. Perlantikan Wasi/Pentadbir secara percuma
2. Membuat Wasiat 1/3 secara percuma

Manafaat utama selepas kematian ialah:
1. Rundingcara peribadi percuma
2. Perkhidmatan proses tuntutan harta pusaka secara percuma.


Ada tiga (3) cara langganan produk Al Wasitah bagi pakej pengurusan harta dan pusaka dari Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd:
1. Al Wasitah Delima dan
2. Al Wasitah Nilam bagi harta bernilai RM2.0 juta dan ke bawah.

3. Al Wasitah Zamrud bagi harta melebihi RM2.0 juta.

Kadar langganan pula ialah seperti berikut:
1. Al Wasitah Delima
Pembayaran RM50 sebulan melalui Arahan Tetap untuk tempoh 15 tahun. Kos keseluruhan ialah RM9,000.

2. Al Wasitah Nilam
Bayaran pertama RM600 dan bayaran tahunan sebanyak RM250 sehingga umur 59 tahun.

3. Al Wasitah Zamrud
Bayaran pertaman RM1,300 dan bayaran tahunan sebanyak RM550 sehingga umur 59 tahun.


Sekiranya anda ingin melanggan Produk Al Wasitah untuk membantu mengelakkan waris dari melalui proses perundangan yang rumit.....

atau

Memerlukan khidmat nasihat mengenai harta dan pusaka.....

Sila hubungi PM / WA : 012-506 9062 Zaliha

Bersambung....





Thursday 24 December 2015

CABARAN TUNTUTAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM OLEH WARIS DI MALAYSIA

24/12/2015

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop
(Rujukan Nota Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.)

CABARAN TUNTUTAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM OLEH WARIS DI MALAYSIA

Saya telah menulis mengenai tanggapan masyarakat mengenai Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka, hasil pengalaman sebagai Perunding Profesional Mawarith Wasiyyah SHoppe Sdn Bhd. Wasiat dan harta pusaka adalah subjek yang selalu dekat tetapi sebenarnya jauh daripada kita. Saya mengatakan begitu kerana secara langsung atau tidak langsung kita menghadapi senario tuntutan harta pusaka dikalangan ahli-ahli keluarga. 

Ada tuntutan harta pusaka simati yang berjalan dengan baik tanpa sebarang bangkangan dan hubungan silatul rahim antara keluarga bertambah erat. Pada sisi yang berbeza timbul perbalahan dan persengketaan dari tuntutan tersebut sehingga waris-waris membawa haluan hidup masing-masing. Sekiranya ini berlaku saya dapat merasakan amat malang sekali bagi simati meninggalkan harta pusaka kepada warisnya. Simati menanggung beban pertanggungjawaban dari Allah bagaimana hartanya digunakan dan waris pula gagal mendapat manafaat dari harta tersebut.

Seterusnya saya akan menyentuh pula cabaran yang perlu dihadapi oleh waris semasa membuat tuntutan harta pusaka di Malaysia. Sepanjang tulisan mungkin ada pengulangan hujah dari tulisan sebelum ini kerana ianya berkaitan diantara satu dengan yang lain. Perkara yang penting perlu diulang berkali-kali bagi menambah kefahaman masyarakat Islam supaya bertindak segera membuat perancangan harta semasa masih hidup. Perlu diingat mati adalah pasti hidup belum tentu. Saya rasa amat perlu untuk mengubah  sikap suka bertangguh dikalangan masyrakat hari ini. 

Apakah cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Malaysia semasa proses membuat tuntutan harta pusaka? Cabaran yang bakal memberi tekanan perasaan kepada waris sehingga RM66.6B harta terbeku ialah:
1. Proses perundangan yang rumit
2. Kos pengurusan harta pusaka yang mahal
3. Mempunyai wasiat yang memudaratkan
4.Waris tidak faham hukum Faraid
5.Waris tidak faham proses pewarisan harta dan pusaka di Malaysia.

Saya akan membuat penerangan secara terperinci setiap masalah yang berkaitan. Setelah itu saya akan mencadangkan jalan penyelesaian kepada setiap permasalahan menggunakan kaedah perkhidmatan yang disediakan oleh Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.

Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka..

hubungi PM / WA  : 012-506 9062 Zaliha

Bersambung....

Wednesday 23 December 2015

WASIAT - PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

WASIAT - PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

23/12/2015

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop

Kita selalu menyebut perkataan Wasiat. Apa yang anda faham mengenai Wasiat?

Wasiat mengikut definasi Mazhab Syafie ialah memberi milik harta, manafaat ataupun hak secara sukarela yang hanya akan berkuat kuasa selepas kematian. Wasiat hanya akan dilaksanakan setelah dibayar hutang-hutang simati.

Siapakah golongan yang perlu Wasiat?

Ada dua golongan iaitu:
1. Golongan yang ingin memberikan hartanya kepada bukan waris sebanyak 1/3. Saya beri contoh anak angkat yang tidak berhak menerima harta secara Faraid boleh menerima harta melalui Wasiat 1/3. Simati semasa hidup mahu mengimpakkan hartanya kepada jalan Allah dengan memberi sumbangan kepada Rumah Anak Yatim atau Sekolah-sekolahTahfiz bagi mendapatkan saham akhirat walaupun setelah kematiannya.

2.  Golongan yang mempunyai harta melebihi RM2.0 juta. Golongan ini memerlukan Wasiat Pentadbiran iaitu perlantikan Wasi/Wakil semasa hidup di bawah Akta Probet memberi surat kuasa tadbir untuk menguruskan  harta selepas kematian. Harta simati akan beku sekiranya tiada Wasiat Pentadbiran. Proses tuntutan harta akan mengambil masa yang lama sehingga semua waris-waris bersetuju melantik seorang wakil untuk proses tuntutan seterusnya. Disini mungkin ada pertelingkahan dan ketidak persetujuan dikalangan waris untuk melantik wakil.

Bagaimana dengan Wasiat yang sedia ada?
Wasiat anda dengan Amanah Raya Berhad sekiranya ada ialah melantik pihak mereka (selain dari waris) sebagai Wasi/Pentadbir dengan bayaran yang murah. Walau bagaimanapun mereka akan mengenakan pelbagai caj yang akan membebankan waris apabila menguruskan Harta Pusaka selepas kematian kita.

Perlu diingat terdapat klausa pembolehasingan di dalam dokumen wasiat mereka. Hasrat simati akan terlaksana sekiranya waris-waris bersetuju. Sekiranya tidak harta akan dibahagikan mengikut Faraid.

Anda memerlukan khidmat nasihat PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA...???

Hubungi PM / WA saya : 012-506 9062 Zaliha Yeop 

Bersambung....



Tuesday 22 December 2015

MENGATASI TANGGAPAN 4 - PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

22/12/2015

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop

Selain dari hubungan kekeluargaan struktur keluarga juga penting untuk membuat perancangan harta. Golongan yang seperti berikut merupakan orang yang kritikal untuk membuat Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka:

1. Anda bujang - tiada waris/ibubapa/adik beradik.
2. Anda pasangan berkahwin yang tidak punya anak.
3. Anda punya semua anak perempuan dan tidak punya anak laki-laki.
4. Anda punya anak laki-laki dan perempuan tetapi hendak mebahagikan harta sama rata diantara mereka.
5. Anda punya anak OKU untuk memastikan kebajikannya terbela.
6. Anda mempunyai anak angkat.
7. Anda berpoligami/punya lebih dari seorang isteri.
8. Anda sudah berusia dan berkahwin semula dengan orang yang lebih muda.
9. Anda suami isteri membeli rumah secara bersama (joint ownership)
10. Anda mempunyai perniagaan dan merupakan pemilik saham syarikat.

Golongan tersebut perlu membuat perancangan harta semasa hidup bagi memudahkan insan yang mereka sayangi/waris menerima harta pusaka di dalam bentuk yang mereka ingini.

Sekiranya tiada perancangan harta dibuat semasa hidup sebahagian/semua harta pusaka akan diberi kepada Baitulmal mengikut hukum Faraid. Selain dari itu anak angkat tidak berhak untuk menerima harta melalui Faraid tetapi boleh menerima Wasiat 1/3 dari simati.

Anak laki-laki akan menerima 2 bahagian manakala perempuan 1 bahagian sahaja. Isteri-isteri bagi suami yang berpoligami akan hanya mendapat 1/8 dikongsi bersama dari harta simati. Manakala pembelian rumah secara bersama waris suami/isteri berhak menuntut harta setelah kematian mana-mana pihak mengikut kaedah Faraid.

Perancangan harta semasa hidup mampu mengelakkan perbalahan berlaku di antara anak-anak simati dengan ibu tiri mereka yang jauh lebih muda atau sebaya.

Bagi ahli-ahli perniagaan punya pemilikan saham syarikat mereka boleh menghibahkan kepada anak atau wakil yang akan memegang amanah bagi pihak waris-warisnya bagi memastikan kesinambungan perniagaan yang dijalankan dan keluarga menerima manafaatnya.

Sila semak struktur keluarga anda. Adakah anda berada di dalam golongan tersebut? Anda perlu membuat PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA?

Hubungi / PM / WA : 012- 506 9062

Bersambung....

MENGATASI TANGGAPAN 3 - PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

21/12/2015 - ISNIN

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop

Tulisan saya seterusnya ialah dengan bertanyakan kepada anda soalan hubungan kekeluargaan seperti berikut:

1. Bagaimana hubungan isteri/suami dengan ibubapa anda?
2. Bagaimana hubungan sekeluarga (anda, isteri/suami dan anak-anak) dengan adik beradik anda?
3. Kedudukan kewangan anda lebih baik/buruk daripada adik beradik yang lain?
4. Siapa yang banyak membantu kebajikan ibubapa anda?

Hubungan kekeluargaan yang baik dan harmoni serta bertolak ansur mampu memudahkan urusan tuntutan harta dan pusaka. Ada ketika waris/adik beradik/ibubapa melepaskan hak tuntutan kepada balu simati dan anak-anak yang ditinggalkan. Mereka punya jiwa besar dan merasakan balu dan anak-anak simati perlu didahulukan dan mereka lebih berhak untuk kesemua harta pusaka yang ditinggalkan. Selain dari itu mereka berpendapat sekiranya tidak mampu menjaga kebajikan isteri/suami dan anak-anak simati dengan melepaskan hak ia merupakan satu sedekah jariah.

Pada sisi yang lain ada juga berlaku sebaliknya selepas berlaku kematian. Harta pusaka yang ditinggalkan menimbulkan perbalahan diantara waris (isteri/suami, anak-anak dan waris yang lain). Selain dari perbalahan hubungan yang dahulu akrab menjadi tegang walaupun kepada tuntutan harta yang sekadar sekangkang kera.

Banyak perbalahan berlaku apabila isteri/suami tidak punya hubungan baik dengan ibubapa atau mereka bukan menantu pilihan. Ibubapa mertua akan menggunakan sepenuh hak di dalam Faraid untuk mendapatkan bahagian mereka.

Begitu juga yang berlaku dikalangan adik beradik simati. Dari sudut ugama tuntutan hak waris mengikut hukum Faraid ialah sebagai imbuhan untuk memastikan kebajikan isteri/suami dan anak-anak simati terbela. Perkara sebegini sebenarnya tidak berlaku kepada masyarakat kita sekarang. Apa yang berlaku ialah seolah-olah hubungan mertua/menantu dan ipar duai terputus apabila berlaku kematian. 

Ada juga berlaku apabila penama untuk simpanan KWSP dan Tabung Haji tidak dikemaskini setelah berkahwin. Apabila berlaku kematian wang akan dikeluarkan kepada penama. Penama pula menganggap mereka penerima yang sah. Mereka tidak pula membahagikan wang tersebut mengikut kaedah Faraid. Saya beri contoh ibubapa mertua sebagai penama sanggup mengambil kesemua wang KWSP dan diagih-agihkan kepada anak-anaknya yang lain tetapi tidak kepada isteri dan 4 orang anak simati yang masih kecil. Alasan kepada tindakan mereka ialah isterinya sudah ada rumah dan pelbagai kemudahan dari simati.

Sifat tamak, tidak faham hukum Faraid dan tidak mahu bertanggungjawab kepada keluarga simati adalah punca segala perbalahan yang timbul. Sekiranya tidak diuruskan dengan baik nasib keluarga simati tidak terbela, putus hubungan silaturahim dan waris yang mengambil bukan harta bukan milik akan memakan harta yang haram. Daging yang tumbuh akibat dari makan harta yang haram akan dibakar oleh api neraka jahanam. Simati di dalam kubur juga terseksa kerana hartanya telah menimbulkan perpecahan dikalangan waris-warisnya.

Terlalu banyak cerita berkaitan hubungan kekeluargaan di dalam kes tuntutan harta pusaka boleh diceritakan sebagai panduan. Cerita yang berlaku akan sekadar jadi cerita sekiranya anda tidak bertindak untuk membuat perancangan harta semasa hidup.

Bersambung....

Zaliha Yeop

Saturday 19 December 2015

MENGATASI TANGGAPAN 2 - PERANCANGAN DAN PENURUSAN HARTA DAN PUSAKA

19/12/2015

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop

Semasa menulis perihal tanggapan masyarakat mengenai Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka saya tertinggal satu lagi alasan yang  biasa diberi mengapa mereka tidak membuat perancangan harta iaitu - Saya tidak punya banyak harta.

Saya sentiasa menanamkan azam dan semangat untuk meningkat kesedaran kepada masyarakat Islam supaya kita menjadi umat Islam yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Tahap kecemerlangan yang saya inginkan umpama pepatah - Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama. Semasa hidup kita seorang Islam yang taat kepada semua perintah Allah, setiap yang diusahakan bermanafaat kepada masyarakat dan terus memberi saham akhirat setelah kita mati. Saya tekankan begitu bagi memenuhi tuntutan amal jariah yang ditinggalkan selepas kita mati.

Pada pandangan anda bagaimana perlu saya mengulas tidak punya banyak harta....???

Saya mengambil pendekatan begini. Secara purata seseorang yang bekerja dengan kerajaan atau swasta akan mempunyai sebuah rumah dan simpanan KWSP. Nilai rumah sudah tentu berbeza mengikut kemampuan dan keinginan individu tersebut. Bagi individu yang berkahwin akan punya keluarga yang terdiri dari isteri/isteri-isteri dan anak-anak lelaki/perempuan. Individu tersebut pula punya ibubapa sekiranya masih hidup. Mereka adalah merupakan waris individu tersebut setelah kematiannya.

Saya ingin menarik perhatian anda urusan Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka bukan ditentukan oleh berapa banyak yang anda miliki. Kita membuat perancangan harta untuk memudahkan waris yang berhak menerima harta kita sebagai pusaka selepas kematian dengan mudah tanpa perlu bersusah payah membuat tuntutan disamping menjaga hubungan baik silatulrahim diantara waris yang ditinggalkan.

Sebagai 'Rule of Thumb' sekiranya kita punya harta kita perlu membuat perancangan supaya setelah kita mati harta yang ditinggalkan tidak akan membebankan keluarga dan memudaratkan simati.
Harta pusaka akan membebankan keluarga dengan kos yang tinggi semasa membuat  tuntutan dan akan memudaratkan simati sekiranya harta itu menimbulkan perbalahan dikalangan waris.

Saya telah berkongsi pengalaman bagaimana dan keperluan untuk membuat tuntutan harta pusaka dan tempoh masa untuk mendapatkan tarikh bicara pusaka. Saya juga telah kongsikan pembahagian Faraid semasa mula membincang tajuk ini. Saya pasti anda juga sudah berkira-kira berapa bahagian anda dalam kiraan Faraid tersebut.

Saya berhenti seketika untuk solat Maghrib....

Bersambung....


Bahagian atas tulisan saya mengatasi tanggapan tidak punya harta yang banyak . Semalam saya tekankan tempoh masa tuntutan harta pusaka di Pejabat Pusaka Kecil. Saya akan sambung tulisan dengan hujah kos yang akan ditanggung semasa membuat tuntutan sungguhpun harta anda sedikit.

Kos Pertama
Anda perlu membuat pembayaran untuk salinan sah carian hartanah di Pejabat Tanah yang ditetapkan dan bantuan 'runner' dari pejabat peguam.
(Anggaran RM150)

Kos Kedua
Semasa dipanggil bicara kuasa anda dikehendakki menyediakan bayaran 0.2% dari nilai hartanah yang dituntut dan kos lain yang berkaitan. Bayaran perlu dibayar selesai bicara kuasa dan sebelum surat perintah dikeluarkan.
(Anggaran 0.2% x RM160,000 = RM320)

Kedua-dua kos ialah yang ditetapkan oleh Pejabat Pusaka Kecil. Bagaimana pula kos -kos lain yang perlu dibayar oleh waris untuk berurusan dengan Pejabat Pusaka Kecil, dan Pejabat Tanah?

Friday 18 December 2015

MENGATASI TANGGAPAN - PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

18/12/2015

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop

Semalam saya membincangkan tanggapan masyarakat dan tindakan melengah-lengahkan urusan membuat Perancanga dan Pengurusan Harta dan Pusaka pengalaman selama 4 bulan sebagai Perunding Profesional Mawarith Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman menguruskan harta pusaka (selepas kematian) untuk pelanggan baru-baru ini.

Simati/Arwah (wanita) meninggal dunia akibat barah payu dara pada tahun 2012. Beliau yang berasal dari Sabah telah berpisah dengan suaminya seorang warganegara Indonesia dari Kalimantan semenjak anak tunggal perempuan mereka berusia beberapa bulan sahaja. Waris kepada simati ibu, abang, kakak adik laki-laki dan anak perempuan tunggalnya. 

Harta pusaka yang ditinggalkan simati ialah sebuah rumah teres satu tingkat tiga bilik bernilai RM160,000 dan Akaun Simpanan dibeberapa buah Bank. Sebelum disahkan mengidap barah beliau bertugas sebagai 'Promoter' di sebuah Pasaraya. Semasa hayatnya beliau mendapat pencen ilat dari Perkeso bagi biaya rawatan dan sara hidup sebelum kematian.

Setelah bersara saya bertanya kepada kakaknya yang membantu membersihkan rumah tiga kali seminggu perihal harta pusaka Arwah. Saya dimaklumkan beliau telah berhubung dengan Amanah Raya Berhad di Cawangan Ipoh. Pegawai di sana  meminta beliau mengemukakan beberapa dokumen yang diperlukan. Proses tuntutan terhenti kerana beliau perlu berulang alik Seri Manjung-Ipoh bagi urusan tersebut dan belum pasti akan selesai. 

Selain dari itu kakak Arwah sendiri seorang yang susah punya anak yang masih bersekolah dan menjaga ibunya yang sakit. Beliau pula ditinggalkan suami yang berkahwin lagi dan sekarang menetap di Pahang tanpa nafkah bulanan. Untuk kelangsungan hidup beliau bekerja menjaga anak-anak seorang Cikgu dan urusan mengemas di rumah saya.

Saya menawarkan diri untuk membantu beliau menyelesaikan tuntutan harta pusaka tersebut untuk memastikan anak tunggal Arwah boleh menggunakan wang yang ada dalam Bank untuk biaya pengajiannya. Dalam pada itu saya telah mendahulukan wang semasa urusan mencari suami Arwah di Kalimantan Indonesia supaya pencen ilat Arwah diturunkan kepada waris yang berhak. Usaha tersebut gagal dan suami Arwah tidak ditemui.

Untuk memulakan tugas saya menerima kesemua dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan termasuk juga surat menyurat diantara kakak Arwah dan Amanah Raya Berhad memohon dokumen sokongan dan sebagainya. Terdapat juga dokumen-dokumen percubaan kakak Arwah membuat tuntutan di Pejabat Pusaka Kecil Seri Manjung.yang dibuat separuh jalan dan tidak lengkap.

Pada asalnya kakak Arwah agak skeptikal apabila saya menawarkan diri untuk membantu proses tuntutan harta pusaka tersebut kerana beliau sendiri telah gagal untuk menyelesaikannya akibat karenah birokrasi. Saya anggap reaksi beliau sebagai satu cabaran dan sekadar menyatakan berusaha supaya proses tuntutan selesai sebaik mungkin.

Tindakan awal saya ke Pejabat Pusaka Kecil Cawangan Seri Manjung mengambil Borang A. Untuk makluman pejabat ini menguruskan tuntutan pusaka untuk harta keseluruhan RM2,0 juta ke bawah.
Borang A memerlukan seorang pemohon/wasi/waris yang akan membuat tuntutan bicara pusaka dengan mengemukakan dokumen harta-harta yang ditinggalkan dan waris-waris yang berhak untuk mendapat harta pusaka tersebut.

Simati masih punya ibu, abang, kakak dan adik lelaki. Salinan kad pengenalan mereka diperlukan sebagai bukti waris dalam Borang A tersebut. Apa yang berlaku adik lelaki simati enggan kerjasama memberi salinan kad pengenalan yang diperlukan oleh kerana masalah peribadi dengan anak simati. Dalam pada itu beliau juga tidak mahu mengisi Borang DDA yang menyatakan pelepasan untuk tidak menuntut harta pusaka tersebut. Ini halangan yang pertama.

Yang kedua saya perlu mendapatkan salinan sah pencarian hartanah di Pejabat Tanah Ipoh. Oleh kerana saya punya kawan seorang peguam beliau telah membantu saya mendapatkan carian tersebut.
Setelah borang siap diisi dan dokumen lengkap pemohon/wasi/waris perlu menandatangani Borang A di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Oleh kerana kakak Arwah bekerja menjaga anak-anak Cikgu saya terpaksa membawa mereka semua sekali untuk tandatangan di pejabat Pesuruhjaya Sumpah tersebut.

Setelah Borang A dan dokumen lengkap saya pun mengemukakannya di Pejabat Pusaka Kecil. Semasa di kaunter saya dimaklumkan bicara kuasa hanya akan dibuat 6 bulan dari tarikh penghantaran borang tersebut.

Boleh anda bayangkan proses tuntutan sudah tertangguh selama hampir 3 tahun dan perlu pula menunggu 6 bulan lagi sebelum bicara pusaka dibuat. Cuba kita bayangkan bagaimana waris-waris simati ini meneruskan kelangsungan hidup sepanjang tempoh tersebut. Juga cuba bayangkan mereka itu adalah isteri dan anak-anak anda. 

Cuba tanya dan jawab soalan berikut sekiranya simati itu ialah anda:
Adakah hidup mereka senang? 
Adakah mereka bahagia selepas kematian kita? 
Bagaimana persekolahan mereka? 
Bagaimana kebajikan makan dan minum mereka setelah ketiadaan kita?
Bagaimana perhubungan keluarga diantara waris-waris anda?

Bersambung....

Thursday 17 December 2015

PERANCANGAN HARTA

TANGGAPAN MASYARAKAT DI DALAM URUSAN PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop

Pengalaman sepanjang menjadi Perunding Profesional Mawarith saya membuat rumusan pada dasarnya kebanyakan masyarakat Malaysia bersetuju dan berminat untuk membuat perancangan harta semasa hidup supaya mudah diwarisi oleh waris atau insan-insan yang mereka sayangi. Mereka juga mengetahui kesulitan yang dihadapi oleh waris untuk menguruskan harta pusaka dari pengalaman keluarga.

Masalah utama mereka melengah-lengahkan tindakan kerana:
1.  Mereka masih muda dan tarikh kematian tidak pasti.
2.  Mereka masih beranggapan wasiat yang sedia ada mampu menyelesaikan masalah pewarisan harta.
3.  Mereka juga berpendapat hukum Faraid yang ditentukan Allah mampu menyelesaikan masalah pusaka.
4.  Mereka punya penama untuk simpanan mereka di Tabung Haji, ASN/ASB dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
5.  Membuat perancangan harta memerlukan kos yang pada pandangan mereka agak tinggi.

Setelah mengenal pasti masalah di atas saya akan cuba menerangkan kepentingannya untuk semua masyarakat Islam di Malaysia mempunyai perancangan untuk harta-harta semasa hidup untuk memudahkan urusan pewarisan harta selepas kematian mereka.

MASIH MUDA DAN TARIKH KEMATIAN TIDAK PASTI
Di dalam arus kehidupan masa kini agak sukar dipastikan hanya yang tua sahaja akan meninggal dunia dahulu. Kita sepatutnya berpegang bahawa kematian itu pasti untuk yang hidup. Biar Allah menentukan tarikh dan waktunya seperti janji kita di Luh Mahfuz dahulu. Sebagai manusia kita menentukan apa persiapan kita untuk mengadap Allah swt.

Kita perlu membuat persiapan:

a.  Melakukan amal ibadat sebagai hamba kerana Allah jadikan manusia untuk beribadat kepadanya.
b.  Selain dari amal ibadat kita juga mempunyai tanggungjawab ke atas suami/isteri, anak-anak dan ibubapa.
c.  Kita juga dipertanggungjawabkan ke atas harta yang diperolehi dan bagaimana ia digunakan.
d.  Setelah kematian yang akan kekal bersama kita ialah amalan yang soleh, ilmu yang bermanafaat, sedekah jariah dan doa anak-anak yang soleh.

Senarai semak dari persiapan tersebut saya cuba rumuskan seperti berikut:
1. Sebagai manusia kita akan sentiasa mempastikan tuntutan              ibadah sebagai seorang Islam dilakukan sebaik mungkin untuk          mendapat redha Allah
2. Kita juga memastikan kebajikan ibubapa, suami/isteri dan            anak-anak sentiasa terbela pada setiap waktu.
3. Kita juga perlu memastikan harta yang diperolehi dari sumber        yang halal dan digunakan kepada perkara yang bermanafaat            mengikut syariah Islam.
4. Semasa hidup kesemua harta kita dilindungi oleh Takaful bagi        membolehkan tuntutan dibuat sekiranya berlaku kerosakan atau        kehilangan.
5. Kita punya harta tetapi tidak memastikan harta kita selamat          untuk diwarisi oleh waris-waris yang berhak setelah kematian        supaya tiada timbul perbalahan diantara mereka.

Daripada senarai semak tersebut cuba tanyakan kepada diri adakah persiapan anda telah lengkap untuk mengadap Allah swt dan dapat menjawab kesemua soalan kubur dan hidup aman bahagia di alam barzah sehingga hari kiamat.

Kita hanya memastikan kesenangan dan kemudahan semasa hidup dan gagal untuk memastikan pahala berterusan diperolehi selepas kematian. Saya rasa anda seorang yang rugi kerana gagal melaksanakan doa usai solat lima waktu untuk mendaptkan kesenangan hidup di dunia dan akhirat serta dijauhkan dari azab api neraka.

Kita berjaya melaksanakan 4 dari 5 senarai semak di atas dan melengah-lengahkan usaha untuk membuat perancangan harta yang sedia ada. Sekiranya hari ini malaikat maut menjemput anda di dalam kerugian akibat tindakan tersebut.

WASIAT YANG SEDIA ADA MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH PEWARISAN HARTA
Sekiranya anda telah mempunyai wasiat dengan mana-mana syarikat amanah apabila berlaku kematian banyak isu yang timbul antaranya seperti berikut:
1.  Waris perlu hadir di pejabat syarikat amanah tersebut dengan dokumen-dokumen yang diperlukan.
2.  Pihak waris perlu berulang alik berurusan dengan syarikat amanah tersebut mengikut arahan yang diperlukan.
3.  Proses tuntutan mengambil masa yang panjang dan berlarutan.
4.  Sekiranya ada pertikaian diantara waris berlaku klausa pembolehasingan akan dilaksanakan dan pembahagian harta berdasarkan Faraid. Ini akan menimbulkan rasa tidak puashati sekiranya orang yang dinamakan tidak mendapat bahagian yang ditentukan dan akhirnya menimbulkan perbalahan diantara mereka.
5.  Pengurusan harta setelah kematian melibatkan kos yang tinggi kerana harta dinilai pada harga semasa dan juga lain-lain kos pengurusan yang ditentukan oleh pihak yang terlibat.

Sekiranya syarikat amanah yang sedia ada mampu menyelesaikan tuntutan harta pusaka orang-orang Islam di Malaysia tidak akan timbul isu ‘RM66.6 Billion harta beku’ di Malaysia yang 95% kepunyaan orang-orang Islam.

Adakalanya waris berputus asa untuk meneruskan urusan tuntutan harta pusaka disebabkan masalah birokrasi baik di Pejabat Pusaka Kecil ataupun di syarikat amanah yang dilantik. Ini kerana banyak peraturan dan keperluan perlu dipenuhi oleh waris sebelum mereka membuat tindakan selanjutnya.

Proses tuntutan harta pusaka adalah sama tidak kira anda meninggalkan harta yang sedikit ataupun banyak kerana beberapa institusi turut terlibat sebelum keputusan pengagihan harta dilakukan.

HUKUM FARAID MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH HARTA PUSAKA
Ramai yang masih keliru atau tidak faham hukum Faraid. Hukum Faraid yang Allah swt tentukan di dalam Al Quran ialah menentukan waris-waris yang layak untuk mendapatkan harta pusaka. Hukum ini memang jelas perlu dipatuhi.

Yang menimbulkan masalah kini ialah bahagian pengurusan untuk mendapatkan harta simati yang berbagai sebagai contoh:

1.  Harta - Rumah
Hakmilik rumah atas nama simati. Rumah didiami oleh balu simati dan 2 orang anak perempuan tiada anak lelaki. Ibubapa simati masih hidup dan berhak untuk mendapat bahagian dari rumah tersebut. Bagaimana tuntutan atas rumah itu perlu dilakukan. Adakah balu dan 2 anak perempuan mendiami ruang tamu dan 2 bilik tidur manakala ibubapa simati mendapat bahagian dapur dan bilik air sahaja? Bagimana pengurusan untuk penyelesaian masalah ini pada fikiran ANDA?

Apabila ibubapa simati ini pula meninggal dunia bahagian mereka akan jadi pusaka dan dituntut oleh adik beradik simati pula. Apa akan jadi kepada balu dan anak simati apabila perkara ini berlaku?

Bahagian PENGURUSAN inilah bahagian yang kritikal di dalam hal tuntutan harta pusaka. Apa, siapa dan bagaimana ia diuruskan adalah menjadi tanggungjawab waris yang hidup. Sekiranya tidak diuruskan dengan betul pelbagai masalah akan timbul yang akan mengakibatkan harta beku dan waris gagal mendapat manafaat daripadanya.

2.  Wang Tunai
Wang tunai mudah dibahagikan mengikut Faraid kepada waris-waris yang berhak setelah ditolak hutang simati.

3.  Ada Penama kepada Simpanan Tabung Haji, KWSP dan Takaful
Penama bukanlah waris mutlak untuk menerima simpanan simati. Simpanan yang dikeluarkan kepada penama perlu dibahagikan mengikut hukum Faraid. Bagaimana sekiranya amanah tersebut tidak dilaksanakan oleh penama?

4.  Saham Syarikat dan Saham Koperasi
Pengendalian saham akan dikendalikan mengikut akta yang ditetapkan dan ia juga melibatkan isu pengurusan dan kesinambungan perniagaan tersebut setelah kematian pengarah/pemegang saham. Bagaimana menentukan waris masih mendapat manafaat keuntungan dari perniagaan tersebut setelah kematian sekiranya tiada perancangan dibuat.

Mungkin tiada masalah timbul bagi pembahagian harta mengikut Faraid untuk 2, 3 dan 4.  

Bagaimanapun saya ingin mengajak anda berfikir sejenak dan bertanya soalan berikut:
1.  Bagaimana pula pembahagian untuk perkara nombor 1 iaitu rumah atau hartanah yang lain?
2.  Bagaimana pula sekiranya simati tiada mempunyai anak?
3.  Bagaimana pula sekiranya simati punya anak angkat yang tidak berhak untuk mewarisi harta pusaka melalui Faraid?
4.  Bagaimana pula sekiranya simati itu bujang dan tidak punya waris?
5.  Bagaimana pula sekiranya simati punya anak OKU?
6.  Bagaimana pula pembahagian harta sekiranya simati berpoligami/punya lebih dari seorang isteri?
7.  Bagaimana kedudukan harta yang dibeli dengan permohonan bersama?
8.  Bagaimana pula kedudukan dan saham anda di dalam perniagaan yang diusahakan?

PENAMA UNTUK SIMPANAN TABUNG HAJI, KWSP DAN TAKAFUL
Sudah saya tuliskan tadi penama bukan pemilik mutlak harta yang ditinggalkan. Mereka perlu membahagikan harta mengikut kaeda Faraid setelah diselesaikan hutang-hutang simati. Pernahkah anda terfikir sekiranya penama tidak melaksanakan tugas tersebut?

PERANCANGAN HARTA MEMERLUKAN KOS YANG TINGGI
Memang tidak dinafikan perancangan harta semasa hidup memerlukan kos yang tinggi. Sebenarya pengurusan harta selepas kematian akan melibatkan kos yang lebih tinggi.

Hujah saya mudah sahaja:
1.  Harta akan dinilai pada masa tuntutan yang mungkin sepuluh tahun akan datang (future value).
2.  Kos berkaitan tuntutan juga akan meningkat kerana banyak semakan dengan pihak tertentu perlu dibuat kerana harta di atas nama simati.
3.  Penentuan waris-waris yang berhak juga akan mengambil masa yang lama dan ini juga akan melibatkan kos yang tinggi.
4.  Kos akan ditanggung oleh waris-waris sekiranya mereka mempunyai wang yang cukup untuk membuat tuntutan. Simati (tuan punya harta) memang sudah tidak perlu untuk mengeluarkan kos kerana beban telah dipindahkan untuk ditanggung oleh waris.

Di sini sekiranya waris tidak punya cukup wang akan berlaku dua kerugian. Yang pertama kepada simati kerana harta beku gagal dimanafaatkan oleh waris dan yang kedua waris pula tidak mendapat mewarisi harta pusaka tersebut.

Sebagai kesimpulan perancangan harta semasa hidup untuk diwarisi oleh waris/insan yang disayangi adalah lebih mudah daripada waris membuat tuntutan harta selepas kematian anda.

Perancangan semasa hidup boleh diubah dan ditambah mengikut kesesuaian dan keadaan. Lagipun kita sering dinasihatkan untuk berwasiat setiap kali sebelum tidur. Ada yang tersirat disebalik suruhan tersebut.

Bersambung....

Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka sila hubungi saya:


email:zaliha.yeop@gmail.com

PM / WA : 012-506 9062

Wednesday 16 December 2015

FLYERS

16/12/2015

FLYERS - PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zalihar Yeop
Gambar : WSSB

Ini 'Flyers' bantu Perunding Profesional Mawarith (PPM) Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd untuk mendidik masyarakat Islam di Malaysia merancang harta dengan kaedah yang tepat dan efektif untuk disampaikan kepada waris/insan yang mereka sayangi dalam bentuk dan keadaan yang mereka ingini sebagai Harta Pusaka selepas kematian berlandaskan Syariah.

Masalahnya ialah terdapat RM66.6 Billion harta terbeku dan masih di atas nama orang yang telah meninggal di Malaysia sehingga September 2013 kerana tiada perancangan harta dibuat semasa hidup dan juga tidak dituntut oleh waris yang berhak.

Para Perunding (PPM) amat digalakkan untuk membuat sesi penerangan kepada masyarakat Islam di masjid, surau, sekolah, Jabatan Kerajaan dan Swasta keperluan dan kepentingan untuk melantik Penasihat Harta Pusaka. 

Sesi penerangan adalah penting bagi memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia khususnya kerana pelbagai cabaran dan masalah timbul kini sekiranya tiada perancangan harta dibuat semasa hidup. 

Diantara cabaran harta pusaka orang Islam di Malaysia kini ialah:

1. Harta pusaka yang gagal dimanafaatkan.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh agensi yang bertanggungjawab sebanyak RM66.6 Billion     harta tidak dituntut pada September 2013. Harta yang tidak dituntut ialah harta yang masih lagi di atas nama orang yang telah meninggal dunia. Harta ini beku dan dari jumlah tersebut 95% harta orang Islam tidak berkembang dan tidak menjana ekonomi untuk waris-waris mereka. Harta tersebut sekiranya ditadbirkan dengan sempurna mampu meningkatkan ekonomi orang-orang Islam di Malaysia.

2. Kes tuntutan harta pusaka mengambil masa yang lama.
Lapuran Utusan 2005 di Mahkamah Tinggi Temerloh 50 tahun baru selesai kes tuntutan tanah pusaka.

3. Kos pengurusan harta pusaka mahal ditanggung oleh waris.
Menurut sumber bernama 2011, Majlis Peguam mengesahkan kos peguam naik hingga 400%.

4. Timbul perbalahan dan tiada kesepakatan di antara waris.

5. Waris keliru bidang kuasa pihak yang terlibat di dalam urusan harta pusaka.

6. Waris tidak faham berkenaan Faraid, Wasiat dan Hibah.

Sekiranya anda seorang yang bertanggungjawab, perlukah Waris yang menanggung akibat dari kelalaian tidak merancang harta semasa hidup?

Bersambung....

Hubungi saya sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat di dalam Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka:
email: zaliha.yeop@gmail.com
PM / WA : 012-506 9062