HARTA PUSAKA
Teks : Zaliha Yeop
Kenapa saya berminat kepada Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka?
Semasa menghadiri Program IMKK Dr Azizan Osman 30/4/2015 - 3/5/2015 yang diadakan di Wisma MCA Jalan Ampang kami menginap di Corus Hotel. Kawan baik saya semenjak sekolah Rendah dan Menengah, Puan Suraiya Mohd Noor mantan wartawan di Berita Harian sekarang menjadi Perunding Saham Amanah CWA mencadangkan agar saya melibatkan diri sebagai perunding di dalam Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka - Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd sebagai bidang kerjaya selepas bersara.
Beliau meyakinkan saya bidang ini mempunyai potensi dan peluang yang luas untuk berkembang sebagai Fardhu Kifayah sebagai seorang Islam. Selain dari memberi kesedaran perancangan harta dikalangan masyarakat Islam secara umum ia juga mampu untuk dijadikan kerjaya yang memberi pendapatan yang baik secara sepenuh atau separuh masa.
Setelah mendaftarkan nama saya pun menghadiri Kursus Asas Program Pengurusan dan Perancangan Harta dan Pusaka di Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd (WSSB) pada 14-15/6/2015 selama dua hari. Semasa kursus kami dimaklumkan bahawa kesemua peserta yang hadir ialah ‘DAIE’ Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.

Sambil tersenyum hati
saya berkata-kata “Tak masuk audition ‘Program Daie’ di TV3 jadi Daie pula di
Wasiyyah Shoppe…”. Walau apapun juga persepsinya, makna Daie itu secara sendiri
menjadikan saya satu pertanggungjawaban yang berat untuk dilaksanakan. Selama
dua hari saya didedahkan kepada isu yang dekat tetapi jauh dengan kita. Saya
katakan begitu kerana kita biasa mendengar perkataan Harta Pusaka, Wasiat dan Faraid. Perkataan yang biasa
didengar tetapi tak tahu secara menyeluruh dari segi makna dan perlaksanaannya.
Semuanya kerana ilmu
mengenai harta pusaka wasiat dan faraid bukan dijadikan asas pembelajaran semasa di sekolah dahulu. Perkataan-perkataan
tersebut menjadi sebati dengan kita apabila terdengar perbualan emak dan ayah
semasa berbincang dengan adik beradik mereka selepas kematian Datuk/Nenek yang
merupakan ayah/ibu mereka. Adakalanya perbincangan diantara mereka agak tegang
sehingga timbul berbalahan atau bermasam muka diantara satu sama lain. Ada juga
bapa/ibu saudara kita tidak pulang ke kampong berhari raya atau semasa kenduri
kendara kerana berkecil hati selepas pembahagian harta pusaka.
Sebagai anak sudah tentu
kita tidak berani untuk bertanya mengapa itu dan ini sekiranya perkara
sedemikian berlaku tetapi kita adalah pemerhati yang setia melihat tingkah laku
mereka. Hari ini saya berdepan dengan permasalahan yang sama cuma dari sudut
yang berbeza iaitu berusaha untuk
mengubah ‘mindset’ masyarakat Melayu Islam supaya mereka didedahkan
kepada ilmu Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka.
Dengan adanya ilmu sebegini perbalahan di dalam perebutan harta pusaka dapat dikurangkan dan perlaksanaan pembahagian boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan dan bermanafaat kepada simati dan juga waris-warisnya.

Saya mulakan perkongsian
ilmu berikut dengan anda semua dengan bahasa yang mudah supaya tidak
membosankan untuk manafaat bersama.
Wasiat
Wasiat
bagi orang Islam:
(Surah Al Baqarah ayat 180 – Diwajibkan atas
kamu apabila maut hendak menjemput seseorang di antara kamu, jika dia
meninggalkan harta berwasiat untuk kedua orang tua dan karib kerabat dengan
cara yang baik sebagai kewajiban bagi orang-orang yang bertakwa)
1. Wasiat
Pentadbiran/melantik Wasi
2. Wasiat 1/3 – memperuntukan 1/3 harta pusaka kepada bukan waris.
2. Wasiat 1/3 – memperuntukan 1/3 harta pusaka kepada bukan waris.
3. Pengagihan
harta melalui wasiat untuk waris – tidak
digunapakai KECUALI dipersetujui oleh waris mengikut
hukum Faraid.
digunapakai KECUALI dipersetujui oleh waris mengikut
hukum Faraid.
Konsep
Perwarisan Harta dan Pusaka Orang Islam terbahagi kepada:
A. Pengurusan
Pusaka Selepas Kematian
- Di Mahkamah Tinggi Syariah
- Mahkamah Tinggi Sivil
- Pendaftar Pusaka Kecil
B. Dokumen
Perancangan Sebelum Kematian
- Perlantikan Wasi/Pentadbir
- Wasiat 1/3
- Harta Sepencarian
- Hibah
- Amanah
- Pewarisan Perniagaan
Pengurusan
Harta Pusaka Selepas Kematian.
Apakah
proses undang-undang yang perlu dilalui oleh waris?
Pengurusan harta pusaka
melibatkan pengurusan di :
A. Mahkamah
Tinggi Sivil – untuk harta melebihi RM2.0 juta.
B. Pejabat
Pusaka Kecil – untuk harta RM2.0 juta kebawah.
C. Mahkamah
Tinggi Syariah
Mahkamah Tinggi Syariah akan mengeluarkan:
- Sijil Faraid
- Harta Sepencarian
- Hibah
- Wasiat 1/3
- Hadanah
Setelah
selesai urusan-urusan dengan badan perundangan tersebut proses turun Hakmilik
harta kepada waris melalui ‘Surat Kuasa Tadbir.
Siapakah
yang berhak menuntuk harta pusaka simati?
a. Waris-waris
mengikut hukum Faraid
b. Pemberi
hutang
c. Baitulmal
Apakah
punca Harta Pusaka orang-orang Islam di Malaysia terbeku?
·
Tiada permufakatan dikalangan
waris-waris
·
Urusan harta pusaka melibatkan
proses undang-undang
Mahkamah Syariah dan Sivil
Mahkamah Syariah dan Sivil
·
Urusan tuntutan/pentadbiran
harta pusaka oleh waris
melibatkan kos yang tinggi
melibatkan kos yang tinggi
·
Waris-waris tidak jelas dengan
hukum Faraid.
Mengapa
mereka perlu melalui proses undang-undang Sivil?
Waris-waris
perlu melalui proses undang-undang Sivil bagi mendapatkan :
a.
Surat Kuasa Tadbir
b.
Perintah Pembahagian Harta
Pusaka.
Bagaimana
proses agihan Harta Pusaka mengikut hukum syarak?
Harta
Simati
Tolak : Pengurusan Jenazah
Harta Simati
Tolak : Hutang Simati
Harta Simati
Tolak : Pengurusan Jenazah
Harta Simati
Tolak : Hutang Simati
Harta Simati
Tolak
: Hibah/Amanah
Harta
Pusaka
Tolak
: Hutang
Harta
Pusaka Bersih
Tolak
:
1.
Harta Sepencarian
2.
Wasiat Islam 1/3
Harta
Pusaka Bersih - Harta Pusaka yang akan diagihkan mengikut Faraid
Saya
berikan anda contoh kiraan agihan Harta Pusaka mengikut hukum syarak bagi
memudahkan kefahaman kita mengenai perkara tersebut:
Nilai
Harta Simati RM300,000
Tolak:
Hibah/Amanah RM180,000
Harta
Pusaka RM120,000
Tolak
Hutang RM 5,000
Harta
Pusaka Bersih RM115,000
Wasiat
1/3 RM 38,333
Baki RM 76,667
Tolak
Harta Sepencarian (1/2) RM 38,333
Baki Harta Pusaka RM 38,334
*
dibahagi antara waris mengikut permuafakatan Faraid atau samarata.
Anda
tahu berapa bahagian di dalam hukum Faraid?
Bahagian anda berbeza mengikut
status kedudukan anda dengan simati. Anda ingin tahu? Saya terangkan dahulu apa
itu Faraid.
Faraid
(http://faraid.usm.my)
Faraid
menurut istilah syarak adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah
meninggal dunia sama da beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematian.
Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya seperti anak,
isteri/suami, ibu dan lain-lain menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan
kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala
pembiayaan pengurusan jenazah, hutang dan wasit yang dibenarkan oleh syarak.
Harta
yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah :
1.
Tanah
2. Bangunan/rumah
3. Barang
kemas
4. Insuran
dan Wang Tunai
5.
Binatang ternakan
Bahagian
waris mengikut Faraid ( Surah An Nisa ayat 11, 12 dan 176)
Golongan
Ashabul Furud – penerima bahagian yang ditetapkan oleh syarak:
Suami ½ atau ¼ (ada
anak)
Isteri ¼ atau 1/8
(ada anak)
Anak
Lelaki 2 dan
Asobah
Anak
Perempuan 1 = ½ , 2 = 2/3
Ibu 1/6 , 1/3
Ayah 1/6 , Asobah
Adik
Beradik L = 2 : P =
1
Nota:
Asobah
merupakan golongan yang akan terima baki harta setelah diberi kepada semua
golongan Ashabul Furud. (Ada 3 jenis Asobah -
sila buat rujukan sekiranya perlu maklumat yang lengkap)
Mengapa
Harta Pusaka sukar di warisi?
Harta
Pusaka sukar diwarisi dan sering menimbulkan perbalahan keluarga yang
berpanjangan kerana:
1. Waris
TIDAK TAHU proses tuntutan – tiada ilmu mengenai
pewarisan harta pusaka
pewarisan harta pusaka
2. Kos
tuntutan harta pusaka MAHAL – pengurusan harta pusaka
melibatkan kos dalam perundangan
melibatkan kos dalam perundangan
3. Waris
TIDAK FAHAM hukum Faraid – waris terdekat
mengandaikan menerima bahagian yang besar tetapi sebaliknya
yang berlaku
mengandaikan menerima bahagian yang besar tetapi sebaliknya
yang berlaku
4. Wasiat
TIDAK MAMPU mewariskan harta pusaka – wasiat yang
ditetapkan oleh syarak ialah 1/3 kepada bukan waris. Untuk
waris telah ditetapkan mengikut hukum Faraid.
5. Proses mewarisi harta pusaka mengambil masa yang panjang.
ditetapkan oleh syarak ialah 1/3 kepada bukan waris. Untuk
waris telah ditetapkan mengikut hukum Faraid.
5. Proses mewarisi harta pusaka mengambil masa yang panjang.
Saya
berharap anda masih mampu dan tidak bosan mengikuti penerangan yang diberikan.
Doa saya semuga usaha yang sedikit ini mampu memberi kefahaman kepada anda
mengenai Pengurusan dan Perancangan Harta dan Pusaka.
Bagaimana
Wasiyyah Shoppe dapat mengelakkan Harta Pusaka Simati daripada terbeku?
Wasiyyah Shoppe memperkenalkan:
Produk PENGURUSAN Al-Wasitah,
a. DELIMA
b. NILAM
c. ZAMRUD
yang mempunyai keistimewaan seperti berikut:
1. Semasa
Hidup
-
Khidmat Nasihat Perancangan
Harta Pusaka Secara Percuma
-
Membuat dan mengubah Dokumen
Wasiat 1/3 dan perlantikan Wasi
Percuma
Percuma
2. Selepas
Kematian
- Wasiyyah Shoppe berjumpa waris
pada bila-bila masa untuk
membacakan Khutbah Pusaka dan Khidmat Rundingcara Percuma
membacakan Khutbah Pusaka dan Khidmat Rundingcara Percuma
-
Proses Tuntutan Harta Pusaka
secara percuma.
-
Harta diwarisi 4-6 bulan.
-
Semua kos pengurusan ditanggung
oleh Wasiyyah Shoppe
Produk PERANCANGAN
pula ialah:
1. Asas
Perancangan
2. Pra
Hibah Harta
3. Pra
Hibah Takaful
4. Pra
Hibah Tabung Haji / Saham Amanah
5. Pra
Hibah Barang Kemas
6. Hibah
Amanah Hartanah
7. Hibah
Komprehensif Hartanah
Dan
beberapa lagi perancangan yang membantu pemilik untuk menghibahkan harta kepada
orang yang mereka sayangi di dalam bentuk yang dikehendaki mengikut Syariah
Islam.
No comments:
Post a Comment