Sunday 6 September 2020

HIJRAH

Bismillahirrahmanirrahim,


Dimaklumkan bahawa laman ini telah berpindah ke www.zalihayeop.wordpress.com dengan kandungan dan susun atur yang lebih menarik!


Jumpa di sana!




Thursday 3 August 2017

3 SEBAB UTAMA KENAPA AHLI PERNIAGAAN YANG MEMILIKI SAHAM PERLU FIKIR SERIUS TENTANG PEWARISAN PERNIAGAAN ?

TEKS : DARI FB EN ARIFFIN SABIRIN
15/7/2017

3 SEBAB UTAMA KENAPA AHLI PERNIAGAAN YANG MEMILIKI SAHAM PERLU FIKIR SERIUS TENTANG PEWARISAN PERNIAGAAN ?
1. Saham syarikat yg dimiliki menjadi harta pusaka selepas kematiannya. Ini bermakna semua waris yg berhak mengikut hukum faraid berhak ke atas saham itu. Ini termasuklah pasangan , anak2 , ibubapa & dlm keadaan tertentu adik beradikpun berhak ( bergantung kepada struktur faraid masing2). Bukanlah satu perkara yg mudah utk pasangan & anak2 untuk berurusan dgn pihak2 lain apabila melibatkan saham syarikat yg perniagaannya maju & mempunyai aset bernilai jutaan RM !
2. Apabila pengasas syarikat mati & pihak2 waris yg sebelumnya tidak pernah terlibat dgn perniagaan mula mendapat hak sebagai pemegang saham & sekaligus mempunyai kuasa menentukan perjalanan syarikat , ada pekerja berpengalaman mungkin tidak puas hati & berhenti bekerja. Ini mungkin menjejaskan kecekapan operasi syarikat.
3. Jika waris yang terlibat ramai , ia akan mencetuskan isu "dilution of shares" yg menyebabkan saham majoriti terpecah kepada beberapa waris & seterusnya mereka menjadi minoriti pula.
Ahli perniagaan Islam perlu fikir secara serius isu pewarisan perniagaan kerana ia sesuatu yang merugikan bila segala usaha puluhan tahun membangunkan perniagaan menjadi sia2 apabila berlaku perebutan saham selepas kematian yg kemudiannya membawa kepada kemusnahan entiti perniagaan tersebut. Ekonomi ummah rugi jika keadaan ini berlaku.
Nak tahu bagaimana pewarisan perniagaan boleh dibuat secara cekap & mengikut Syarak , Wasiyyah Shoppe Bhd boleh membantu.




HIBAH RUMAH YANG MASIH BERCAGAR

DARI FB EN ARIFFIN SABIRIN
16/7/2017

PERHATIAN UNTUK SELURUH RAKYAT MELAYSIA
ORANG ISLAM YANG MEMBELI RUMAH SECARA PINJAMAN BANK SILA BACA & AMBIL PERHATIAN !
YANG MANA SATU PILIHAN ANDA ??
PILIHAN 1 - Ada pandangan mengatakan rumah yg masih dlm pinjaman TIDAK BOLEH DIHIBAHKAN kerana ia masih tidak milik sempurna kerana ada hak pembiaya ( bank ) ke atasnya. Bila berlaku kematian , mrtt / mrta akan melangsaikan baki hutang & rumah itu adalah hak waris2 mengikut hukum faraid. Waris anda mungkin juga terdiri dari adik beradik anda ( cuba cek ! )
PILIHAN 2 - Ada pandangan lain mengatakan rumah yg masih dalam pinjaman BOLEH DIHIBAHKAN kerana ia adalah bersifat milik sempurna kerana tuanpunya ( peminjam ) berhak mentransaksikan rumah itu ( jual / sewa ) walaupun masih dalam pinjaman pembiaya. Walaupun begitu ia adalah "pemilikan terhad" kerana transaksi hibah hanya boleh dilakukan dengan keizinan bank melalui 4 kaedah ; ibra' , sulh , dhaman & takaful / insuran. Bila berlaku kematian sekiranya hibah telah dibuat ketika hidupnya , rumah akan menjadi milik penerima hibah dan tidak akan difaraidkan. Sudah ada kes hibah harta bercagar diluluskan oleh Mahkamah Syariah Malaysia ! Maknanya jika rumah anda masih dalam pinjaman anda tetap boleh menghibahkan rumah itu kepada sesiapa yg anda kehendaki !
Siapa kategori orang Islam yg beli rumah secara pinjaman yang biasanya akan terjejas dengan pelbagai masalah harta bercagar ?
1. Pasangan yang ada anak bawah umur 18 tahun.
2. Pasangan yang mempunyai anak bawah umur 18 tahun & masih mempunyai ibubapa.
3. Pasangan yang tiada anak.
4. Pasangan yang ada anak perempuan sahaja.
5. Pasangan yang anak istimewa.
6. Suami yang berpoligami.
7. Pasangan yang hanya suami bekerja manakala isteri suri rumahtangga sepenuh masa.
Jadi jika anda beli rumah secara pinjaman melalui pembiaya ( bank ) adakah pilihan anda PILIHAN 1 ATAU PILIHAN 2 ?
Mahu pilihan 2 .. Wasiyyah Shoppe Bhd & daie2 kami seluruh Malaysia sedia membantu. Kami ada kaedahnya.
BIAR JADI PUSAKA JANGAN JADI PUAKA ..


MENULIS SEMULA.....

Sudah agak lama saya tidak menulis di BLOG. Azam bulan Ogos 2017...diusahakan untuk menulis sambil berkongsi ilmu Pewarisan Harta daripada yang Arif. 
Semuga ISTIQAMAH.
Saya mulakan dengan berkongsi tulisan dari FB En Ariffin Sabirin Pengasas Wasiyyah Shoppe Berhad. Beliau telah memberi kebenaran kepada semua PERUNDING - FRIENDS untuk diwar-warkan kepada masyarakat umum.

FB: 17/7/2017
BARANG KEMAS ARWAH MAK NI SIAPA YANG BERHAK?
Bab harta pusaka lain spt tanah , akaun simpanan dll semuanya dah settle. 5 Adik beradik 2 lelaki & 3 perempuan semua setuju bagi sama rata. Tapi barang kemas mak ni macam mana pulak ? Siapa yang berhak? Tanya seorang si anak perempuan kepada saya.

"Sebenarnya saya yg belikan barang2 kemas tu bagi mak pakai dia nak ke majlis2 kat kampung. Jadi sekarang mak dah tak de saya nak ambil baliklah." Kata seorang anak perempuan lagi
Wah keadaan makin parah. Nilai barang kemas pula mencecah RM 70 000. Anak lelaki pula menuntut supaya ia diagih ikut faraid sebab mereka pun berhak.
JAWAPANNYA :
1. Semua harta simati ( selepas ditolak hutang ) adalah pusaka ( kecuali yg telah dihibah / diwasiat / waqf / amanah / di dalam kuatkuasa perjanjian jualbeli / dibawah surat kuasa wakil / dibawah pajakan yg masih berkuatkuasa ) & hak waris2 mengikut hukum faraid wujud ke atasnya. Maka jika barang kemas itu adalah hak simati ketika kematiannya maka ia harta pusaka & waris2 hukum faraid berhak baik anak lelaki atau anak perempuan.
2. Persoalannya di sini ada waris yg mendakwa bahawa barang kemas itu dibelinya & diserah kepada mak untuk "dipakai". Jawapan kepada persoalan ini perlu dirujuk kepada "akad" di antara si anak & mak.
Jika akadnya ialah " mak, saya hadiahkan barang kemas ini kepada mak sebagai membalas jasa baik mak membesarkan saya." .... maka ia menjadi harta pusaka & berhak waris faraid ke atasnya.
Jika akadnya ialah " mak, saya pinjamkan barang kemas ni kepada mak untuk mak pakai. Bila mak takde nanti saya ambil balik ya " ... maka ia tidak menjadi harta pusaka & perlu dipulangkan semula kepada si anak. Situasi ini bersamaan dengan hibah bersyarat umra sepanjang umur penerima hibah.
Namun kesahihan akad ini perlu ada saksi & lebih baik jika berdokumen hitam putih. Macam mana nak buat dokumen tentang barang kemas ni ? Wasiyyah Shoppe Bhd & para daienya seluruh Malaysia boleh membantu.
Maka 2 persoalan ini perlu dijawab dahulu bagi menyelesaikan isu barang kemas di atas.
BIAR JADI PUSAKA JANGAN JADI PUAKA.

Saturday 28 January 2017

DIALOG HIBAH BERSYARAT

Dr FB Kausar Wealth Management Sdn Bhd

HIBAH BERSYARAT TIDAK PATUH SYARIAH?????

Siapa MESTI membaca?
1. Perunding TAKAFUL
2. Perunding UNIT TRUST
3. Perunding HARTANAH
4. Perunding KEWANGAN
5. Akauntan
6. Company Secretary

"Pagi2 indah Maulidur rasul lagi dah ada seorang perunding kewangan bertanya pandangan saya mengenai hibah bersyarat yang katanya tidak patuh syariah !

JAWAPAN SAYA :

Hibah mempunyai pelbagai sudut pandang dari pelbagai mazhab ahlus sunnah wal jamaah. Puluhan kitab ulamak2 muktabar tentang hibah bersyarat ada di dalam pasaran.

Membuat kesimpulan bahawa hibah bersyarat itu tidak patuh syarak tanpa memperhalusi maslahah & hujahan mazhab2 berkenaan adalah satu kesilapan kepada perunding kewangan yang membawa maklumat kurang tepat ini ke dalam masyarakat.

Tambah memburukkan lagi situasi bila ilmu tentang hibah ini tidak dipelajari dari pengkaji2 yang mahir berpengalaman puluhan tahun mengkaji pelbagai kitab dalam dan luar negara karangan ulamak2 muktabar.

Tidak juga kita mendengar pandangan Yang Arif hakim2 Mahkamah Syariah yang berautoriti menghakimi kes2 hibah di Malaysia.

Sebaliknya ilmu hibah kita hanya dipelajari dari 'pakar instant' hibah yang baru mengenali hibah setahun dua & tiada pengalaman langsung menguruskan kes hibah di Mahkamah Syariah di Malaysia.

Kepada perunding kewangan yang memegang pendirian hibah bersyarat itu tidak patuh Syariah pesanan saya berlapang dada lah dalam mencari ilmu berkaitan hibah.

Kita tidak tahu segala ilmu tentang hibah. Tidak juga kita ini lebih pandai dari orang lain tentang perkara ini. Semua orang ada kelebihan masing2.

Wasiyyah Shoppe Bhd yang telah menyediakan lebih dari 20 000 dokumen hibah semenjak 2005 dengan kes hibah berjaya diselesaikan di mahkamah syariah lebih 200 kes pun masih lagi dalam mode belajar dari pelbagai pihak. Kami juga tidak pernah mengatakan hibah yang disediakan pihak lain tidak patuh syariah kerana faham semua orang ada metodologi masing2.

Jangan taksub kepada seseorang guru sahaja. Jangan mentafsir hibah bersyarat dari sudut sempit berasaskan pandangan komersil.

Jika anda perunding kewangan yang mempromosikan HIBAH TAKAFUL & dalam masa sama memegang pandangan hibah bersyarat itu tidak patuh syariah maka anda kena berhenti mempromosi HIBAH TAKAFUL kerana ia juga hibah bersyarat !

Wallahua'lam. Segala ilmu & kebaikan itu rahmah Allah SWT kepada kita untuk dikongsi dengan seluruh umat manusia"

(Petikan dari FB Tuan Ariffin Sabirin)

Kausar Wealth Management Sdn. Bhd. dengan berbesar hati menjemput semua warga facebook menghadiri satu program yang dikendalikan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad dengan kerjasama Kausar Wealth Management iaitu Dialog Hibah Bersyarat.

Dialog Hibah Bersyarat akan menceritakan tentang isu-isu hangat pada masa kini yang berkait rapat dengan takaful, rumah yang masih dalam cagaran dan banyak lagi isu yang bakal diketengahkan.

Terbuka kepada semua umat Islam terutama yang bekerja sebagai perunding kewangan. Masuk adalah PERCUMA!

APA TUNGGU LAGI? JOM RAMAI RAMAI DAFTAR. klik link dibawah utk pendaftaran dan pengesahan kehadiran anda. Jangan lupa nyatakan jemputan daripada Kausar Wealth Management  ya!

https://docs.google.com/forms/d/1eFpB_JNW3l8__EcawSR3H1BseflFLkglA-4p-kU2yJc/edit

Sebarkan info berguna ini agar semua org mendapat manfaatnya.

#wasiyyahshoppeberhad
#kausarwealthmanagement
#hibah
#faraid
#pakarhibah
#pakarpusaka
#teguhberjaya

Sunday 22 January 2017

MENCARI PERUNDING

Berkongsi tulisan Penasihat Wasiyyah Shoppe Berhad dr FB.

Mencari Perunding

RUGI PERUNDING TAKAFUL TAK TAHU HAKIKAT INI ..

Ramai perunding takaful kini mempromosikan hibah takaful. Kaedah pewarisan yang lebih efektif berbanding penamaan ( nomination ). Alhamdulillah.

Tetapi acapkali pelanggan akan tanya soalan :

 - kalau rumah saya nak hibahkan macam mana ?
- saya ada wang tunai juga saya nak hibahkan boleh tolong ?
- saham syarikat ni pun saya nak hibah kepada anak sulung boleh ?

Boleh kah perunding takaful bagi penyelesaian kepada hibah harta2 selain takaful ? Tentu tak boleh kan.

Maka it makes real sense untuk perunding takaful membawa bersama produk2 hibah Wasiyyah Shoppe Bhd ...

Wasiyyah Shoppe menawarkan 27  produk hibah paling komprehensif di Malaysia. Mungkin ada organisasi lain bercerita tentang hibah di luar sana tetapi hakikat yang tidak boleh ditolak WASIYYAH SHOPPE IALAH PENYEDIA HIBAH TERBANYAK DI MALAYSIA DENGAN REKOD HIBAH TERBUKTI PALING BANYAK  DI MAHKAMAH SYARIAH !

Dokumen hibah kami TELAH TERUJI di Mahkamah Syariah & dijamin patuh Syariah. Rugi jika perunding takaful tidak membawa produk hibah kami bersama ketika berjumpa pelanggan kerana bukan saja anda berpeluang mendapat pulangan puluhan ribu RM dari sesuatu kes malah lebih penting anda boleh membantu pengurusan pusaka pelanggan anda selesai dengan lebih tepat , komprehensif , cepat & PERCUMA !

JOM PERUNDING TAKAFUL SELURUH MALAYSIA ...  marilah bersama2 Wasiyyah Shoppe Berhad membantu umat Islam seluruh Malaysia dalam urusan hibah & harta pusaka mereka.

Hubungi TELEWASIYYAH 03 62509573 untuk mengetahui bagaimana anda boleh jadi sebahagian dari keluarga besar kami
#WasiyyahShoppeBerhad
#PakarHibah

Tuesday 27 December 2016

Selasa-27/12/2016

Cerita hari ini...Selasa minggu terakhir Disember 2016.

Bangun seawal 4.30 pagi...Alia Azeem dan Aina memulakan perjalanan ke KL 5.20 pagi untuk bertugas semula selepas bercuti hujung minggu.

Solat Subuh berjemaah di Masjid dan selesaikan tugasan harian di rumah. Merancang sarapan pagi Capati di Lekir - kedai tutup dengan notis CUTI. 😦😦😦

Nak singgah Kebun Anggur Saloma Batu 10 Lekir pun masih awal pagi lagi....

Balik semula ke Manjung dan bersarapan pukul 9.00 pagi di Kedai Makan Koperasi Nelayan Permatang - menu Bihun Goreng dan Mee Kari untuk Big Boss.

Menjadi YB dengan perancangan masanya ikut suka-suka hati...kami ke Lekir semula pergi melawat Kebun Anggur Saloma.

Big Boss nak dapatkan baja supaya pokok Anggurnya berbuah. Saya pula mahu menambah variety Pokok Tin. Hasilnya beli baja untuk Pokok Anggur, beli tut Pokok Tin RED LIBYA dan tempahan - tut Pokok Zaitun tut Pokok Tin Black Jack serta BTM6.

Meneruskan perjalanan ke Teluk Intan mencari Water Pump dan semua aksesori untuk pengairan pokok-pokok yang ditanam di kawasan rumah - dapat pada harga yang berpatutan.

Makan tengahari bersesak-sesak di Restoran Udang Galah - usai Solat Zuhur di Masjid Daerah Teluk Intan.

Meneruskan perjalanan balik ke Kampung Baru menziarahi kedua Abang-abang yang agak uzur. Semuga mereka dikurniakan Allah swt kesihatan yang baik untuk terus beribadat kepadanya.

Akan diusahakan untuk ziarah Kakak di Sg Besar dan juga ke kubur emak pada masa terdekat.
In Shaa Allah.