Thursday 3 August 2017

3 SEBAB UTAMA KENAPA AHLI PERNIAGAAN YANG MEMILIKI SAHAM PERLU FIKIR SERIUS TENTANG PEWARISAN PERNIAGAAN ?

TEKS : DARI FB EN ARIFFIN SABIRIN
15/7/2017

3 SEBAB UTAMA KENAPA AHLI PERNIAGAAN YANG MEMILIKI SAHAM PERLU FIKIR SERIUS TENTANG PEWARISAN PERNIAGAAN ?
1. Saham syarikat yg dimiliki menjadi harta pusaka selepas kematiannya. Ini bermakna semua waris yg berhak mengikut hukum faraid berhak ke atas saham itu. Ini termasuklah pasangan , anak2 , ibubapa & dlm keadaan tertentu adik beradikpun berhak ( bergantung kepada struktur faraid masing2). Bukanlah satu perkara yg mudah utk pasangan & anak2 untuk berurusan dgn pihak2 lain apabila melibatkan saham syarikat yg perniagaannya maju & mempunyai aset bernilai jutaan RM !
2. Apabila pengasas syarikat mati & pihak2 waris yg sebelumnya tidak pernah terlibat dgn perniagaan mula mendapat hak sebagai pemegang saham & sekaligus mempunyai kuasa menentukan perjalanan syarikat , ada pekerja berpengalaman mungkin tidak puas hati & berhenti bekerja. Ini mungkin menjejaskan kecekapan operasi syarikat.
3. Jika waris yang terlibat ramai , ia akan mencetuskan isu "dilution of shares" yg menyebabkan saham majoriti terpecah kepada beberapa waris & seterusnya mereka menjadi minoriti pula.
Ahli perniagaan Islam perlu fikir secara serius isu pewarisan perniagaan kerana ia sesuatu yang merugikan bila segala usaha puluhan tahun membangunkan perniagaan menjadi sia2 apabila berlaku perebutan saham selepas kematian yg kemudiannya membawa kepada kemusnahan entiti perniagaan tersebut. Ekonomi ummah rugi jika keadaan ini berlaku.
Nak tahu bagaimana pewarisan perniagaan boleh dibuat secara cekap & mengikut Syarak , Wasiyyah Shoppe Bhd boleh membantu.




No comments:

Post a Comment