Thursday 28 January 2016

ARTIKAL 8 - SUKARNYA SELESAIKAN HARTA PUSAKA SEORANG USAHAWAN

28/1/2016

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop
Artikal : Wasiyyah Shoppe Berhad

Artikal ini untuk para usahawan yang belum membuat perancangan terhadap harta mereka.







ARTIKAL 7 - ISU SEMASA

28/1/2016

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop
Artikal : Wasiyyah Shoppe Berhad

Lima hari tidak mengemaskini blog, saya memberi tumpuan kepada beberapa isu berkaitan Harta Pusaka di dalam akhbar-akhbar utama baru-baru ini.

Ada kalanya saya bertanya mengapa masyarakat Melayu di Malaysia tidak merancang untuk pewarisan harta mereka sungguhpun telah didedahkan dengan berita dan statistik sebegini.

Kebanyakan pelanggan mengambil sikap tunggu dahulu, apabila ditawarkan khidmat nasihat mengenai Perancangan Harta. Ada kalanya mereka cuba mengelak dari bertemu bagi sesi penerangan kepentingan untuk merancang harta semasa hidup.

Semuga artikal ini memberi kesedaran kepada yang membaca supaya melakukan sesuatu terhadap harta sebelum mati. 

Soalan saya, anda tahu bila akan mati? 

Sekiranya tidak tahu tarikh kematian, kenapa perlu bertangguh?

Fikir-fikirkan..

PM / WA : 012-506 9062 sekiranya anda perlu kidmat nasihat Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka.






Saturday 23 January 2016

ARTIKAL 6 -USAHAWAN PERLU RANCANG PEWARISAN PERNIAGAAN

23/1/2016

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop
Artikal : Wasiyyah Shoppe Berhad

Apabila disebut Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka bukan terhad kepada pewarisan Rumah/hartanah, Wang Simpanan, Wang KWSP, Tabung Haji, Amanah Saham Nasional/Bumiputra Takaful dan Saham Koperasi sahaja. Wasiyyah Shoppe Berhad menyediakan produk yang sangat komprehensif meliputi pewarisan saham-saham syarikat dan perniagaan.

Lagi artikal Wasiyyah Shoppe Berhad.

Anda perlukan khidmat nasihat pewarisan harta?

PM / WA : 012-506 9062 ZALIHA




Thursday 21 January 2016

WARIS TIDAK FAHAM HUKUM FARAID

30/12/2015

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop
(Rujukan Nota Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd)

CABARAN TUNTUTAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DI MALAYSIA

IV. WARIS TIDAK FAHAM HUKUM FARAID

Faraid ialah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia mengikut hukum Islam. Sila rujuk catatan saya mengenai Faraid di dalam Page-Harta Pusaka.

Apabila membincangkan mengenai harta pusaka dikalangan masyarakat Melayu sering berlaku kekeliruan, perbalahan dan salah faham dikalangan waris. Masing-masing mahu menuntut hak tanpa menyedari tuntutan yang dibuat tidak seberapa dari segi nilai. Perbalahan keluarga berpanjangan berebut harta yang sedikit. Selain dari itu tuntutan waris menimbulkan masalah kepada waris yang lain yang lebih berhak untuk dipastikan kebajikan mereka lebih terjamin.

Perkara ini sering berlaku disebabkan oleh timbulnya perasaan tamak dan hasad dengki dikalangan waris-waris sendiri. Adakalanya semasa simati masih hidup waris tidak pernah mempunyai hubungan silaturahim yang baik tetapi menuntut hak apabila sudah mati. Menjadi persoalan saya mengapa orang Islam menjadi tamak dan sanggup bermusuhan sesama waris bila melibatkan harta pusaka? Adakah kerana Allah telah tetapkan Faraid atau sikap tamak manusia sendiri? Pendapat peribadi saya lebih menjurus kepada sikap manusia yang tamakkan harta.

Semasa menghadiri Kursus Asas di Wasiyyah Shoppe Berhad kami diberikan situasi dimana sekeping tanah di kawasan Kampung Baru Kuala Lumpur yang berkeluasan lebih kurang 809 meter per segi dituntut oleh 141 orang waris dan bahagian terkecil  7/424320 mewakili keluasan 0.01335 dengan nilaian semeter persegi RM1000 bahagian tersebut hanya menerima RM13.35 sahaja. Berbaloikah memiliki pusaka sebanyak itu?

Waris yang bertimbang rasa akan melepaskan hak mereka kepada waris yang lebih memerlukan atau lebih berhak. Kalangan mereka adalah sedikit.

Walau bagaimanapun Hukum Faraid yang ditetapkan oleh Allah perlu dipatuhi bagi mengelakkan perbalahan. Yang penting waris perlu tahu wajar atau tidak untuk mereka menuntut harta pusaka sekiranya bahagian mereka amat sedikit.


ARTIKAL 5 - AKAUN DI BANK : TUNTUTAN WARIS SELEPAS KEMATIAN PEMILIK AKAUN

21/1/2016

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop
Artikal : Wasiyyah Shoppe Berhad

Saya akan terus berkongsi dengan anda beberapa artikal mengenai Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka - Wasiyyah Shoppe Berhad, pernah disiarkan/dikeluarkan dalam majalah USAHAWAN yang mungkin pernah/belum terbaca sebelum ini untuk pengetahuan bersama.

Diharap perkongsian ini akan memantapkan lagi pengetahuan saya sebagai Perunding Profesioanl Mawarith (PPM) dan kepada anda yang membaca memberi kesedaran kepentingan merancang harta semasa hidup. 

Perlukan khidmat nasihat Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka :

PM / WA : 012-506 9062 ZALIHA




Monday 18 January 2016

ARTIKAL 4 - MIKRO DAN MAKRO PERANCANGAN HARTA PUSAKA

18/1/2016

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop
Artikal : Wasiyyah Shoppe Berhad

Lawatan ke Pasar Siti Khadijah bersama sahabat saya tidak menemui barang tembaga yang dicari. Walau bagaimanapun saya membeli beberapa helai telekung sebagai cenderahati kenangan berkunjung ke pasar tersebut. Saya belikan Alia dan Aina dua helai kain untuk Baju Kurung. Selain dari itu saya membeli serunding daging dan asam sebagai kudapan.

Selesai lawatan di Pasar Siti Khadijah singgah sebentar di rumah sahabat saya untuk beliau solat Asar. Tujuan asal untuk memudahkan saya datang ke rumahnya untuk minum petang esok. Hari ini sahabat saya berpuasa dan suaminya pula balik lewat. Saya dihantar balik ke Homestay pukul 6.30 petang.

Selesai aktiviti hari pertama, hari Jumaat 15/1/2016 majlis pernikahan anak saudara Big Boss pada pukul 10.00 pagi. Majlis selesai dengan lancar dengan sekali lafaz sahaja. Semuga pasangan mempelai berbahagia hingga ke Syurga. Rombongan kami ke rumah pengantin perempuan di Pasir Tumboh untuk jamuan makan. 

Kami dihidangkan dengan menu Nasi Kerabu Golok dan Kuih Akok. Saya dapat merasakan keenakan Nasi Kerabu yang diidamkan kerana kedai tersebut telah ditutup awal malam sebelumnya. Kami balik semula ke Homestay. Sebelah petang semua peserta rombongan melakukan aktiviti bebas masing-masing. Saya dan Big Boss menemani Aina ke Mydin mencari baju untuk dipakainya esok semasa kenduri. Tiada yang berkenan dihati.

Walau bagaimanapun Aina mendapat Jubah yang diingini pada sebelah malam di Wakaf Che Yeh. Alhamdulillah.

Bersambung...



Hari ini saya kongsikan Artikal Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka sebagai panduan untuk kita bersama.

Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat tersebut sila PM / WA : 012-506 9062.

ARTIKAL 3 - HUKUM FARAID DI MANAKAH KEDUDUKAN SEBENARNYA

17/1/2016

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop
Artikal : Wasiyyah Shoppe Berhad

Sudah 4 hari saya tidak mengemaskini blog kerana berada di Kota Bharu mengiringi majlis perkahwinan anak saudara Big Boss. Kami (Big Boss, Aina-cuti semester dan saya) memulakan perjalanan ke Kota Bharu pada hari Khamis 14/1/2016 pukul 8.30 pagi dari rumah di Ipoh.

Kami agak lewat memulakan perjalanan untuk bersama keluarga mempelai (kakak Big Boss - 2 kereta) yang bertolak secara konvoi pukul 7.30 pagi bersama sebuah lagi kereta (dua lagi kakak Big Boss dan suami mereka) yang dipandu oleh salah seorang biras saya. Jarak masa satu jam antara kami dengan mereka.

Ini adalah kunjungan kedua ke Kota Bharu semenjak tahun 2002. Saya amat teruja untuk merentasi Lebuhraya Timur Barat sekali lagi setelah lebih 13 tahun dahulu. Dahulu kami menaiki bas. Kali ini Big Boss memandu kereta sendiri.

Pemandangan waktu pagi yang cantik, indah dan nyaman sepanjang perjalanan menambahkan keterujaan kami mengimbau kenangan dan tempat yang berubah mengikut arus pembangunan negara. Banyak yang saya tertinggal mengenai pembangunan yang banyak merubah lanskap tempat yang kami lalui. Pemandangan indah dari Kuala Kangsar menghala ke Lenggong, Tasik Banding dan beberapa kawasan sepanjang perjalanan sungguh syahdu dan mengasyikkan. Ia membuat saya rasa bersyukur kerana dikurniakan Allah kesempatan untuk melihat keindahan ciptaannya. Syukur Alhamdulillah Ya Allah.

Rombongan kami bertemu dan berkumpul di Vision Valley pada pukul 11.30 pagi untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Kami disediakan penginapan oleh keluarga mempelai di Green Apple Homestay Kubang Kerian Kelantan. Tiga buah homestay ditempah untuk kami. Homestay pertama untuk keluarga ibu mempelai, yang kedua untuk keluarga mempelai dan homestay ketiga untuk keluarga bapa mempelai.

Kami sampai di homestay pada pukul 1.30 tengahari. Semua berkumpul di homestay kedua untuk makan tengahari sementara menunggu homestay pertama dan ketiga dibersihkan. Menu makan tengahri kami Bihun Goreng yang dibawa dari Ipoh.

Sebelah petangnya kami punya aturcara sendiri sebelum majlis pernikahan esok pagi di Masjid Kubang Kerian pada pukul 10.00 pagi. Selesai solat Jamak Zuhur dan Asar saya punya temujanji berjumpa sahabat saya yang tinggal di Kota Bharui. Beliau berjanji membawa saya ke Pasar Siti
Khadijah untuk mencari barang tembaga sekiranya ada.

Bersambung....

Saya kongsikan lagi artikal mengenai harta pusaka. Semuga perkongsian ini memantapkan lagi ilmu saya dalam hal Harta Pusaka dan juga dapat menambah pengetahun anda. 

Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat mengenai Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka sila hubungi saya: 

PM / WA : 012-506 9062 Zaliha 





Thursday 14 January 2016

ARTIKAL 2 - KEKELIRUAN WASIAT DI KALANGAN ORANG ISLAM MALAYSIA

13/1/2016

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA


Gambar : Wasiyyah Shoppe Berhad.


Anda memerlukan khidmat nasihat Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka hubungi saya: 012-506 9062


Saya lampirkan artikal Pengurusan Harta Pusaka oleh Penasihat Wasiyyah Shoppe Berhad.


Wednesday 13 January 2016

ARTIKAL 1 : CABARAN PEWARISAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM


12/1/2016

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop
Gambar : Artikal Simpanan Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd

ARTIKAL AKHBAR

Belum terlambat sekiranya saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016. Semuga tahun ini akan lebih cemerlang untuk kita dengan apa yang kita usahakan.

Sudah agak lama saya tidak mengemaskini blog kerana tiada motivasi untuk menyusun ayat dengan betul. Setiap patah perkataan yang disusun tidak menjadi ayat yang menarik. Saya mengambil keputusan untuk berhenti seketika dalam penulisan tuntutan Harta Pusaka.

Melangkah ke Tahun Baru dengan penuh semangat untuk memberi tumpuan sepenuhnya akan apa yang saya usahakan selepas bersara.

4/1/2016 - Isnin
Saya menghadiri sesi pertemuan/mesyuarat mingguan minggu pertama tahun baru 2016 PPM di Kausar Wealth Management Shah Alam. Big Boss menghantar saya dan kami memulakan perjalanan pukul 6.15 pagi selepas solat Subuh. Kami sampai ke destinasi pukul 9.30 pagi. 

5/1/2016 - Selasa
Saya menemani Big Boss untuk rawatan bulanan di Hospital Pakar KPJ Ipoh. Rawatan kali ini rawatan lebih menyeluruh dengan keperluan ujian darah dan ' Stress Test' untuk menguji ketahanan jantung dan badan.

6/1/2016 - Rabu
Pada sebelah pagi saya mengemaskini tugasan di Home Office. Banyak yang saya tinggalkan atau tidak difailkan dengan sempurna. Sebelah petang temujanji pertama untuk tahun ini dengan bakal klien seorang Peguam. Kemudian saya dihubungi untuk janji temu dengan mantan rakan sejawat di BBMB. Sudah hampir 3 bulan tidak berjumpa setelah beliau mendirikan rumahtangga semula. Beliau baru menjawat jawatan sebagai guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah agama di Seri Manjung. Pertemuan selama satu jam saya tidak berjemaah Maghrib di masjid kerana terlewat sampai ke rumah pada pukul 7.20 petang .

7/1/2016 - Khamis
Sebelah pagi saya menghantar borang Al Wasitah kepada bakal klien di Farmasi Sitiawan. Kemudian ke pejabat dua Agensi Takaful mendapatkan nombor telefon Pengurus mereka untuk slot temu janji.
Pada sebelah petang saya berjumpa dengan seorang Pengurus Agendi Takaful yang lain. Kebetulan Big Boss memperbaharui Takaful dan Cukai Jalan kereta Azeem.

Pertemuan dengan Pengurus Agensi Takaful ialah sebagai salah satu usaha saya untuk 'leverage' pelanggan mereka dengan memberi perkhidmatan kewangan yang lengkap sehingga selepas kematian.

8/1/2016 - Jumaat
Temujanji dengan salah seorang Pengurus Agensi Takaful yang saya hubungi untuk janji temu semalam. Masih ada dua lagi agensi yang saya belum temui. Sebelah petang saya mengemaskini FB dan membaca WA dari kawan-kawan dan membuat ulangkaji bagi memantapkan lagi pengetahun di dalam bidang Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka.

9/1/2016 - Sabtu
Hari ini saya cuti memasak kerana sibuk di Home Office. Big Boss ke pasar beli bahan-bahan untuk Kerabu Kacang Botol kegemarannaya. Sebelah petang saya sepatutnya menghadir mesyurat Usahanita Perak Tengah di Teluk Intan Perak tetapi saya batalkan pada minit terakhir.

Saya ke SignCo buat 'rubber stamp' untuk kegunaan doket Poslaju dan ke rumah Pembantu untuk jahit 2 helai jubah. Setelah itu saya balik semula ke ruamh dan makan tengahari bersama-sama.

10/1/2016 - Ahad
Saya menghadiri Kuliah Dhuha pertama di Masjid Desa Bayu  untuk Tahun Baru 1437H. Kemudian kami ke Pasar Tani membeli sarapan pagi  Petang ini saya akan ke Shah Alam untuk Program New Year Kick Off 2016 di Kausar Wealth Management Sdn Bhd

Dalam perjalanan saya singgah menghantarkan Borang Keahlian KODANAPUTRA. Mula perjalan pukul 4.00 petang dan sampai ke destinasi pukul 7.23 malam. Tepat masa untuk solat Maghrib. Alia, Aliff dan Azeem datang sekali.

________________________________________________________________________________

Mulai hari ini saya akan memaparkan kepada anda artikal suratkhabar yang dikendalikan oleh 'founder' Wasiyyah Shoppe En Ariffin Sabirin sebagai perkongsian ilmu.

Bersambung....