Monday 18 January 2016

ARTIKAL 3 - HUKUM FARAID DI MANAKAH KEDUDUKAN SEBENARNYA

17/1/2016

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop
Artikal : Wasiyyah Shoppe Berhad

Sudah 4 hari saya tidak mengemaskini blog kerana berada di Kota Bharu mengiringi majlis perkahwinan anak saudara Big Boss. Kami (Big Boss, Aina-cuti semester dan saya) memulakan perjalanan ke Kota Bharu pada hari Khamis 14/1/2016 pukul 8.30 pagi dari rumah di Ipoh.

Kami agak lewat memulakan perjalanan untuk bersama keluarga mempelai (kakak Big Boss - 2 kereta) yang bertolak secara konvoi pukul 7.30 pagi bersama sebuah lagi kereta (dua lagi kakak Big Boss dan suami mereka) yang dipandu oleh salah seorang biras saya. Jarak masa satu jam antara kami dengan mereka.

Ini adalah kunjungan kedua ke Kota Bharu semenjak tahun 2002. Saya amat teruja untuk merentasi Lebuhraya Timur Barat sekali lagi setelah lebih 13 tahun dahulu. Dahulu kami menaiki bas. Kali ini Big Boss memandu kereta sendiri.

Pemandangan waktu pagi yang cantik, indah dan nyaman sepanjang perjalanan menambahkan keterujaan kami mengimbau kenangan dan tempat yang berubah mengikut arus pembangunan negara. Banyak yang saya tertinggal mengenai pembangunan yang banyak merubah lanskap tempat yang kami lalui. Pemandangan indah dari Kuala Kangsar menghala ke Lenggong, Tasik Banding dan beberapa kawasan sepanjang perjalanan sungguh syahdu dan mengasyikkan. Ia membuat saya rasa bersyukur kerana dikurniakan Allah kesempatan untuk melihat keindahan ciptaannya. Syukur Alhamdulillah Ya Allah.

Rombongan kami bertemu dan berkumpul di Vision Valley pada pukul 11.30 pagi untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Kami disediakan penginapan oleh keluarga mempelai di Green Apple Homestay Kubang Kerian Kelantan. Tiga buah homestay ditempah untuk kami. Homestay pertama untuk keluarga ibu mempelai, yang kedua untuk keluarga mempelai dan homestay ketiga untuk keluarga bapa mempelai.

Kami sampai di homestay pada pukul 1.30 tengahari. Semua berkumpul di homestay kedua untuk makan tengahari sementara menunggu homestay pertama dan ketiga dibersihkan. Menu makan tengahri kami Bihun Goreng yang dibawa dari Ipoh.

Sebelah petangnya kami punya aturcara sendiri sebelum majlis pernikahan esok pagi di Masjid Kubang Kerian pada pukul 10.00 pagi. Selesai solat Jamak Zuhur dan Asar saya punya temujanji berjumpa sahabat saya yang tinggal di Kota Bharui. Beliau berjanji membawa saya ke Pasar Siti
Khadijah untuk mencari barang tembaga sekiranya ada.

Bersambung....

Saya kongsikan lagi artikal mengenai harta pusaka. Semuga perkongsian ini memantapkan lagi ilmu saya dalam hal Harta Pusaka dan juga dapat menambah pengetahun anda. 

Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat mengenai Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka sila hubungi saya: 

PM / WA : 012-506 9062 Zaliha 





No comments:

Post a Comment