Saturday 19 December 2015

MENGATASI TANGGAPAN 2 - PERANCANGAN DAN PENURUSAN HARTA DAN PUSAKA

19/12/2015

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop

Semasa menulis perihal tanggapan masyarakat mengenai Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka saya tertinggal satu lagi alasan yang  biasa diberi mengapa mereka tidak membuat perancangan harta iaitu - Saya tidak punya banyak harta.

Saya sentiasa menanamkan azam dan semangat untuk meningkat kesedaran kepada masyarakat Islam supaya kita menjadi umat Islam yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Tahap kecemerlangan yang saya inginkan umpama pepatah - Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama. Semasa hidup kita seorang Islam yang taat kepada semua perintah Allah, setiap yang diusahakan bermanafaat kepada masyarakat dan terus memberi saham akhirat setelah kita mati. Saya tekankan begitu bagi memenuhi tuntutan amal jariah yang ditinggalkan selepas kita mati.

Pada pandangan anda bagaimana perlu saya mengulas tidak punya banyak harta....???

Saya mengambil pendekatan begini. Secara purata seseorang yang bekerja dengan kerajaan atau swasta akan mempunyai sebuah rumah dan simpanan KWSP. Nilai rumah sudah tentu berbeza mengikut kemampuan dan keinginan individu tersebut. Bagi individu yang berkahwin akan punya keluarga yang terdiri dari isteri/isteri-isteri dan anak-anak lelaki/perempuan. Individu tersebut pula punya ibubapa sekiranya masih hidup. Mereka adalah merupakan waris individu tersebut setelah kematiannya.

Saya ingin menarik perhatian anda urusan Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka bukan ditentukan oleh berapa banyak yang anda miliki. Kita membuat perancangan harta untuk memudahkan waris yang berhak menerima harta kita sebagai pusaka selepas kematian dengan mudah tanpa perlu bersusah payah membuat tuntutan disamping menjaga hubungan baik silatulrahim diantara waris yang ditinggalkan.

Sebagai 'Rule of Thumb' sekiranya kita punya harta kita perlu membuat perancangan supaya setelah kita mati harta yang ditinggalkan tidak akan membebankan keluarga dan memudaratkan simati.
Harta pusaka akan membebankan keluarga dengan kos yang tinggi semasa membuat  tuntutan dan akan memudaratkan simati sekiranya harta itu menimbulkan perbalahan dikalangan waris.

Saya telah berkongsi pengalaman bagaimana dan keperluan untuk membuat tuntutan harta pusaka dan tempoh masa untuk mendapatkan tarikh bicara pusaka. Saya juga telah kongsikan pembahagian Faraid semasa mula membincang tajuk ini. Saya pasti anda juga sudah berkira-kira berapa bahagian anda dalam kiraan Faraid tersebut.

Saya berhenti seketika untuk solat Maghrib....

Bersambung....


Bahagian atas tulisan saya mengatasi tanggapan tidak punya harta yang banyak . Semalam saya tekankan tempoh masa tuntutan harta pusaka di Pejabat Pusaka Kecil. Saya akan sambung tulisan dengan hujah kos yang akan ditanggung semasa membuat tuntutan sungguhpun harta anda sedikit.

Kos Pertama
Anda perlu membuat pembayaran untuk salinan sah carian hartanah di Pejabat Tanah yang ditetapkan dan bantuan 'runner' dari pejabat peguam.
(Anggaran RM150)

Kos Kedua
Semasa dipanggil bicara kuasa anda dikehendakki menyediakan bayaran 0.2% dari nilai hartanah yang dituntut dan kos lain yang berkaitan. Bayaran perlu dibayar selesai bicara kuasa dan sebelum surat perintah dikeluarkan.
(Anggaran 0.2% x RM160,000 = RM320)

Kedua-dua kos ialah yang ditetapkan oleh Pejabat Pusaka Kecil. Bagaimana pula kos -kos lain yang perlu dibayar oleh waris untuk berurusan dengan Pejabat Pusaka Kecil, dan Pejabat Tanah?

No comments:

Post a Comment