Tuesday 22 December 2015

MENGATASI TANGGAPAN 4 - PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

22/12/2015

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA

Teks : Zaliha Yeop

Selain dari hubungan kekeluargaan struktur keluarga juga penting untuk membuat perancangan harta. Golongan yang seperti berikut merupakan orang yang kritikal untuk membuat Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka:

1. Anda bujang - tiada waris/ibubapa/adik beradik.
2. Anda pasangan berkahwin yang tidak punya anak.
3. Anda punya semua anak perempuan dan tidak punya anak laki-laki.
4. Anda punya anak laki-laki dan perempuan tetapi hendak mebahagikan harta sama rata diantara mereka.
5. Anda punya anak OKU untuk memastikan kebajikannya terbela.
6. Anda mempunyai anak angkat.
7. Anda berpoligami/punya lebih dari seorang isteri.
8. Anda sudah berusia dan berkahwin semula dengan orang yang lebih muda.
9. Anda suami isteri membeli rumah secara bersama (joint ownership)
10. Anda mempunyai perniagaan dan merupakan pemilik saham syarikat.

Golongan tersebut perlu membuat perancangan harta semasa hidup bagi memudahkan insan yang mereka sayangi/waris menerima harta pusaka di dalam bentuk yang mereka ingini.

Sekiranya tiada perancangan harta dibuat semasa hidup sebahagian/semua harta pusaka akan diberi kepada Baitulmal mengikut hukum Faraid. Selain dari itu anak angkat tidak berhak untuk menerima harta melalui Faraid tetapi boleh menerima Wasiat 1/3 dari simati.

Anak laki-laki akan menerima 2 bahagian manakala perempuan 1 bahagian sahaja. Isteri-isteri bagi suami yang berpoligami akan hanya mendapat 1/8 dikongsi bersama dari harta simati. Manakala pembelian rumah secara bersama waris suami/isteri berhak menuntut harta setelah kematian mana-mana pihak mengikut kaedah Faraid.

Perancangan harta semasa hidup mampu mengelakkan perbalahan berlaku di antara anak-anak simati dengan ibu tiri mereka yang jauh lebih muda atau sebaya.

Bagi ahli-ahli perniagaan punya pemilikan saham syarikat mereka boleh menghibahkan kepada anak atau wakil yang akan memegang amanah bagi pihak waris-warisnya bagi memastikan kesinambungan perniagaan yang dijalankan dan keluarga menerima manafaatnya.

Sila semak struktur keluarga anda. Adakah anda berada di dalam golongan tersebut? Anda perlu membuat PERANCANGAN DAN PENGURUSAN HARTA DAN PUSAKA?

Hubungi / PM / WA : 012- 506 9062

Bersambung....

No comments:

Post a Comment