Wednesday 9 November 2016

AKTIVITI 24/8/2015

CATATAN HARIAN

Teks : Zaliha Yeop

PERJALANAN PERSARAAN  SAYA

24/8/2015 – Isnin
9 Zulkaedah 1436H
Hari ini saya menghadiri mesyuarat mingguan Kausar Wealth Management Sdn Bhd (KWSB) di pejabat PKNS BIZ Point Seksyen 7 Shah Alam. Saya bangun 4.30 pagi untuk solat-solat sunat dan bersiap sedia untuk memulakan perjalanan. Big Boss seperti biasa akan memandu dan menemani saya. Kami memulakan perjalanan pukul 6.30 pagi selepas solat Subuh dan sampai ke Shah Alam pukul 9.30 pagi. Kami bersarapan di Kompleks Roshini sebelum mesyuarat bermula pukul 10.00 pagi. 

Saya menempah ‘Day Use checked-in’ untuk Big Boss berehat sementara saya menghadiri mesyuarat di Best View Hotel.

Mesyuarat mingguan dimulakan dengan sesi penerangan dari wakil peguam Tetuan Khusyairi & Associates - Rakan Kongsi Strategik KWSB di dalam urusan Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka.

Sesi seterusnya diikuti dengan penerangan secara terperinci Manual Pengurusan Wasiat Islam (MPWI) yang dikeluarkan oleh Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) Jabatan Perdana Menteri. Perunding Profesional Mawarith (PPM) dinasihatkan untuk membuat rujukan kepada MPWI semasa berurusan dengan pelanggan mengenai Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka.

Kami juga diberi penerangan mengenai sistem remunerasi PPM yang diberi oleh Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd apabila pelanggan membuat Perancangan dan Pengurusan untuk harta mereka oleh Ketua Perunding Eksekutif KWSB Encik Kham . Selain dari itu kami juga diberikan contoh untuk ‘Income Projection’ bagi PPM menentukan sasaran jualan untuk mendapatkan pendapatan bulanan yang diperlukan.

Sesi penerangan yang diberi amat berharga dan dapat membantu kami PPM untuk terus bergerak menentukan hala tuju perniagaan yang dijalankan. Kerjaya sebagai PPM mampu untuk dijadikan kerjaya yang memberi pendapatan yang tinggi dengan syarat semua PPM mempunyai daya saing yang tinggi dan ketahanan mental yang kuat.

Semasa di pejabat saya mengemukakan gambar untuk Kad Kuasa dan nombor akaun Maybank dan menerima ‘Business Card’ dari KWSB bagi aktiviti pemasaran. 


Selesai mesyuarat saya solat Zuhur di Best View Hotel dan memulakan perjalanan balik ke Seri Manjung pukul 2.00 petang dan makan tengahari Nasi Ambeng di Kuala Selangor. Kali ini kami balik melalui lebuhraya LATAR ke Kuala Selangor dan sampai ke Seri Manjung pukul 5.30 petang.

No comments:

Post a Comment