Wednesday 9 November 2016

AKTIVITI 2/9/2015

CATATAN HARIAN

Teks : Zaliha Yeop

PERJALANAN PERSARAAN SAYA

Rabu – 2/9/2015
18 Zulkaedah 1436H
Tugasan hari ini saya menemani Big Boss untuk rawatan bulanan di Hospital KPJ Ipoh. Selesai solat Subuh berjemaah di masjid kami bersiap dan memulakan perjalanan pukul 7.00 pagi. Kami sampai hospital sebelum pukul 9.00 pagi. Setelah Big Boss selesai membuat ujian darah di kaunter klinik Dr Lee Boon Chye kami ke kafeteria untuk sarapan pagi.

Kami bertemu kawan Big Boss Puan Azian dan suaminya yang juga turut membuat rawatan bulanan di situ. Sementara menunggu untuk berjumpa doktor masing-masing  kami berbual di kafeteria tersebut. Antara topik yang kami perbualkan ialah majlis perkahwinan yang kami hadiri di Seremban hari Isnin lepas.

Selesai rawatan kami ke Farmasi Tiara di Ipoh Garden untuk membeli ubat yang ditetapkan oleh doktor. Semenjak bersara kami sudah membeli ubat di  farmasi luar kerana harganya lebih murah dari hospital. 

Dari Farmasi Tiara kami ke pejabat Perkeso Negeri Perak untuk mengambil borang rayuan pencen ilat, ke Pejabat Pos untuk menghantar dokumen ke Kausar Wealth Management Sdn Bhd. Kami seterusnya ke kedai kain Kwong Fatt membeli kain untuk jubah dan solat Zuhur di rumah Taman Meru.

Selepas makan tengahari kami balik ke Manjung pukul 3.30 petang dan sampai ke rumah pukul 5.30 petang. Sampai di rumah saya masak Sotong Goreng Kunyit untuk makan malam dan kemudiannya berbasikal lima pusingan di taman.


Mengimbau semenjak bersara hidup saya rasa sibuk dengan aktiviti yang berbagai dan masa sentiasa terisi.

No comments:

Post a Comment