Wednesday 9 November 2016

AKTIVITI 26/8/2015

CATATAN HARIAN

Teks : Zaliha Yeop

PERJALANAN PERSARAAN SAYA

26/8/2015 – Rabu
11 Zulkaedah 1436H
Saya tiada membuat sebarang temujanji pagi ini. Hujung bulan saya perlu menyelesaikan beberapa urusan perbankan sungguhpun sudah tidak mempunyai pendapatan bulanan. Selain dari itu saya menghubungi seorang rakan Perunding Profesional Mawarith (PPM) untuk mendapat maklum balas pengalaman semasa membuat sesi penerangan Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka.

Secara keseluruhan pelanggan yang saya temui menyatakan kepentingan  perancangan harta dan pusaka supaya tiada perbalahan dikalangan waris-waris setelah mereka meninggal dunia. Tugasan yang perlu PPM lakukan ialah meyakinkan mereka untuk terus melanggan tanpa perlu menangguhkan tindakan. Itu adalah satu tugas yang mencabar untuk mengubah pendirian pelanggan bertindak dengan segera kerana kematian itu pasti. Bila masa dan waktu kematian tidak kita ketahui dan janji Allah mengenai kematian tidak akan tercepat atau terlewat walaupun satu saat.

PPM bertanggungjawab untuk sentiasa berkongsi dengan masyarakat mengenai kepentingan Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka untuk mengelakkan harta pusaka terbeku dan timbul perbalahan diantara waris-waris.

Pengalaman menjadi YB bekerja sendiri dan pejabatnya di rumah memberi saya kebebasan masa dan juga memenuhi keperluan tanggungjawab sebagai surirumahtangga. Selesai tugas di pejabat saya ke dapur untuk masak tengahari Sambai Tumis Udang/Petai dan Sayur Campur.

Selesai makan tengahari dan solat Zuhur saya membuat temujanji berjumpa dengan kawan peguam Noraini untuk sesi ‘Presentation’ Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka Wasiyyah Shoppe. Sesi penerangan lebih kepada ‘material’ keperluan membuat perancangan harta yang ada pada semua PPM dalam suasana santai bukan di pejabat tetapi di Organic Cafe.

Usai solat Asar di rumah saya teruskan aktiviti berbasikal bersama Big Boss lima kali pusingan di kawasan perumahan dan seterusnya solat Maghrib dan Isyak berjemaah di masjid.


Indahnya kehidupan sebagai YB.

No comments:

Post a Comment