Wednesday 9 November 2016

AKTIVITI 20/8/2015

CATATAN HARIAN

Teks : Zaliha Yeop

PERJALANAN PERSARAAN SAYA

20/8/2015 – Khamis
5 Zulkaedah 1436H 

Saya tidak mengemaskini status FB sepanjang bulan Ogos 2015 memberi laluan untuk puasa Sunat Syawal, Jamuan Hari Raya di sana sini, menghantar Azeem menghadiri temuduga di Cyberjaya dan 3 hari sesi latihan Kausar Sales System (KSS) yang dikendalikan oleh Kausar Wealth Management Sdn Bhd bagi Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka - Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.

Latihan KSS selama 3 hari pada 8-10/8/2015 adalah khusus untuk semua PPM-Perunding Profesional Mawarith Wasiyyah Shoppe di bawah seliaan Kausar Wealth Management Sdn Bhd. Latihan yang diberi sangat komprehensif/detailed dengan tugasan yang diberi sehingga larut malam. Latihan sebegini sudah agak lama saya tinggalkan dan memerlukan tenaga/daya kosentrasi yang tinggi. 

Setelah selesai latihan kami diberi tugasan untuk membuat temu janji untuk bertemu dan meyakinkan pelanggan yang telah dihubungi untuk memberi penerangan mengenai Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka. Seterusnya sekiranya pelanggan bersetuju terus melanggan perkhidmatan yang ditawarkan. Tugasan ini sesungguhnya amat mencabar sesuai dengan misi Kausar Wealth Management Sdn Bhd - 'Adding Value to People's Lives'.

Belumpun latihan KSS itu khadam dalam minda, saya perlu menghadiri sesi Dr Azizan Osman Mastermind Coaching Super Supreme MMM 2015 yang kedua pada 17/8/2015 di ECity Hotel@One City. Pada sesi coaching yang pertama yang diadakan pada 28/7/2015 saya sudah kenal pasti 'charateristic' otak saya berwarna UNGU.

UNGU perlu banyak informasi dan terlalu 'detailed' sebelum membuat keputusan. Kadangkala tidak juga membuat keputusan setelah maklumat diperolehi.

Setelah selesai sesi kedua semalam dengan semua maklumat yang sedia ada saya akan mengemaskini status FB berkongsi cerita/ilmu yang mungkin anda pernah, sedang, akan alami pada masa akan datang atau pernah berlaku dikalangan saudara mara dan sahabat handai iaitu - Pengurusan dan Perancangan Harta Secara Syariah Komprhensif Yang Pantas dan Mudah.

Hari ini saya memberi fokus design untuk ‘flyers’. Saya menghubungi SignCo untuk membuat dan mencetak ‘flyers’ tersebut. Pada masa yang sama memohon kepada Allah semuga ada pelanggan yang telah saya hubungi memberi ruang untuk sesi penerangan Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka. Saya menghubungi En Azhar Bani pelanggan saya yang pertama dan beliau meminta untuk menghubungi isterinya bagi sesi penerangan tersebut. Saya mengaturkan pertemuan dengan isteri beliau Puan Fatimah pada pukul 3.30 petang di Sofera Hotel.

Untuk makan tengahari saya menyediakan Ikan Bawal Goreng dan Masak Lemak Daun Asin Keledek.  

Sebelum temujanji saya menghantar Azeem ke stesyen bas untuk Kuala Lumpur. 

Pukul 3.15 petang saya bertemu Puan Fatimah untuk sesi penerangan Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka di tempat yang dijanjikan. . Beliau amat berminat dan akan mencadangkan Hibah Komprehensif kepada suaminya. Sebelum beredar beliau bertanyakan kadar kos yang akan dikenakan. Saya menganggarkan 2.5% dari nilai harta yang akan dihibahkan.


Temujanji berakhir 5.10 petang saya balik ke rumah untuk solat Asar. Kemudian saya dan Big Boss berbasikal lima pusingan di kawasan taman, solat Maghrib dan Isyak berjemaah di masjid.

No comments:

Post a Comment