Wednesday 9 November 2016

AKTIVITI 27/8/2015

CATATAN HARIAN

Teks : Zaliha Yeop

PERJALANAN PERSARAAN SAYA

27/8/2015 – Khamis
12 Zulkaedah 1436H
Tugasan hari ini saya perlu menyiapkan tempahan ‘Flyers’ di SignCo setelah berpuashati dengan contoh ‘design’ yang dikemukakan. Saya membuat tempahan cetakan untuk 1000 keping yang akan siap dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya mengandaikan 'Flyers' ini dapat membantu mempromosi perkhidmatan Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka yang saya lakukan. Semuga Allah mempermudahkan urusan dan saya diketemukan dengan pelanggan yang memahami kepantingan untuk membuat perancangan harta.

Selesai urusan tempahan saya ke D Saz Saloon untuk memotong rambut. Saya rasa rambut terlalu panjang dan merimaskan. Ia perlu diikat dengan getah rambut supaya kemas walhal panjangnya cuma setakat bahu.

Untuk makan tengahari saya menyediakan Masak Lemak Ikan Rebus, Pucuk Ubi Rebus dan Sambal Kacang Tanah.

Selepas makan tengahari Big Boss mengajak saya ke Billion untuk membeli beberapa keperluan dapur yang sudah kehabisan. Kami singgah sebentar ke sebuah gerai membeli Pisang Goreng dan Keropok Lekor untuk minum petang.

Pada sebelah petangnya kami meneruskan aktiviti riadah berbasikal lima pusingan di kawasan taman perumahan diikuti dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di masjid.

Setelah hampir tiga bulan bergelar YB saya mula merasa keseronokan dan ketenangan melakukan aktiviti yang sebelum ini jarang dapat saya lakukan.


Syukur Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment