Wednesday 9 November 2016

AKTIVITI 30/8/2015

CATATAN HARIAN

Teks dan Gambar : Zaliha Yeop

PERJALANAN PERSARAAN SAYA

30/8/2015 - Ahad 
14 Zulkaedah 1436H
Kami berlima beranak berada di Ipoh (kecuali Alia) untuk menghadiri beberapa majlis undangan perkahwinan dan Aqiqah. Untuk sarapan pagi Big Boss membelikan kami Nasi Lemak Berlauk dari sebuah gerai berhampiran rumah kedai di Taman Jati. Keistimewaan gerai ini ialah menjual Nasi Lemak dengan lauk-lauk seperti Paru Sambal, Sambal Kerang, Rendang Daging dan Ayam Goreng selain dari Sambal Tumis Ikan Bilis. Sayurannya pula ialah Kacang Panjang.

Destinasi pertama ke majlis Aqiqah cucu saudara Big Boss di Kampung Kepayang dan doa selamat berpindah ke rumah baru Biras dan Kakak Ipar saya. Majlis dimulakan dengan Berzanji/Marhaban dan menggunting rambut oleh kaum Muslimat Masjid. Selesai Marhaban diadakan Bacaan Yaasin dan tahlil oleh kaum Muslimin dan seterusnya jamuan makan. Menu utama dan yang menjadi tumpuan ramai Kambing Bakar dan salad. Selain itu ada Nasi Minyak, Kurma Kambing, Jelatah dan berbagai kuih muih.

Selepas itu kami ke majlis undangan perkahwinan anak En Azizi jiran lama di Taman Meru 3C yang diadakan di Bandar Meru Raya. Kami cuma menjamah bubur kacang sahaja. Kemudian kami ke majlis undangan perkahwinan anak Puan Nor Azian dan En Mohd Azran ‘classmate’ kawan baik Big Boss. Ia juga merupakan majlis pertemuan/reunion kakitangan exBBMB JSIS di dewan SMK Tambun Ipoh.

Ini ialah majlis ketiga yang kami hadiri dan kehadiran di sini lebih kepada untuk berjumpa rakan-rakan yang telah lama tidak bersua muka semasa di Bank Bumiputra Malaysia Berhad Jalan Sultan Idris Shah Ipoh. Kami sampai ke dewan pukul 3.00 petang. Big Boss seperti biasa selain bertemu kakitangan exBBMB JSIS Ipoh, Ipoh Garden, Jalan Gopeng dan Jalan Sultan Yusuff berjumpa pula dengan rakan-rakan baiknya dari Sekolah Raja Chulan. (Big Boss dan Pn Azian Yazid 'classmate' di SRC)

Hari ini juga saya bertemu semula dengan Datin Noor Azian Ahmad Shaharudin Pengurus di Cawangan Bandar Ipoh Raya cawangan terakhir di BBMB sebelum saya perpindah untuk berkhidmat di Bank Muamalat Malaysia Berhad pada 1/9/1999.

Perbualan pertama beliau semasa berjumpa 'I am proud with what you are doing now' and used to talk to Kak Bada about you. Sayapun menjawab 'Kak Yan la cikgunya'. Obviously Datin pun menjawab...ish tak ada lah....!

Dan sebenarnya beliau banyak mempengaruhi saya dalam hal-hal 'Office dan Staff Management'- merekodkan tugasan yang diberi kepada kakitangan dan bila untuk 'follow up' dan sebagainya. Beliau seorang yang amat teliti dan berdisiplin dalam melaksanakan tugas 'without favour or fear'. Selebihnya perbualan kami berkisar perihal keluarga masing-masing dan bertanya mengenai rakan-rakan yang lain.

Pertemuan semula hari ini meninggalkan seribu kenangan manis yang tidak dapat untuk dituliskan dalam perkataan. Berjumpa dengan mantan Pengurus, Puan Sharifah Mahani, Tuan Syed Rizanni, Puan Seriaton, Haji Fattah dan rakan-rakan yang lain. Ada beberapa orang lagi yang banyak juga mempengaruhi perjalanan karier saya dan sepatutnya hadir bagi memenuhi Quorum tersebut - Puan Badariah Ariffin dan Tuan Haji Mohammad Roose Adam.


Sekiranya mereka semua ada akan lebih meriah lagi ceritanya.



No comments:

Post a Comment