Wednesday 9 November 2016

AKTIVITI 31/8/2015

CATATAN HARIAN

Teks : Zaliha Yeop

PERJALANAN PERSARAAN SAYA

16 Zulkaedah 1436H
Hari ini kami bangun pukul 5.49 pagi terlewat dari kebiasaan mungkin terlalu penat dengan aktiviti semalam dan solat Subuh di rumah sahaja. Kami sekeluarga bersiap-sedia untuk ke Seremban memenuhi undangan ke majlis perkawinan anak sulung kawan Big Boss di SRC Ipoh. Ianya juga sebagai kunjungan balas kerana kawan Big Boss sudah dua kali bertandang ke rumah kami sekali di Taman Meru Ipoh dan yang kedua di Seri Manjung semasa pengantin yang bakal diraikan hari ini belajar di UNIKL.







Selesai semua urusan kami pun balik menghantar Aliff dan kemudiannya Alia ke rumah masing-masing. Kami solat Jamak Maghrib dan Isyak di kawasan rehat Sg Buloh makan malam di KFC dan meneruskan perjalan balik ke Seri Manjung. Azeem memandu menggantikan Big Boss dari Sg Buloh. Kami sampai di rumah pukul 11.30 malam.

No comments:

Post a Comment