Wednesday 9 November 2016

AKTIVITI 22-23/8/2015

CATATAN HARIAN

Teks : Zaliha Yeop

PERJALAN PERSARAAN SAYA

22/8/2015 -  Sabtu 
7 Zulkaedah 1436H
Hari ini kami menerima undangan Puan Nor Azian ’classmate’ Big Boss semasa di Sekolah Raja Chulan untuk hadir ke majlis pernikahan anak kedua beliau di Masjid Kampong Sitiawan. Kami diminta untuk hadir tepat pukul 10.00 pagi kerana Tuan Kadi yang akan menjalankan upacara pernikahan mempunyai satu lagi majlis di tempat yang lain. Kami sampai tepat waktu tetapi pihak pengantin perempuan hanya hadir pada pukul 10.30 pagi.

Selesai upacara pernikahan kami dijamu makan tengahari Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Jelatah, Buah Tembikai dan Air Oren. Majlis di pihak pengantin lelaki akan diadakan pada 30/8/2015 minggu berikutnya. 

Dari majlis pernikahan kami ke undangan majlis perkahwinan anak jiran Tuan Haji Shafie pada pukul 12.30 tengahari. 

Usai solat Zuhur di rumah kami ke Ipoh pula memenuhi undangan jamuan Hari Raya dan ‘Reunion’ Kelas Tingkatan Enam Sekolah Raja Chulan Big Boss rumah Puan Mardiana di Taman Meru. Big Boss bertemu semula dengan kawan-kawan yang sudah lama tidak bersua muka. Kami dihidangkan dengan Roti Jala, Kari Ayam, Sphagetti dan kuih muih dan berada di majlis di situ sehingga pukul 6.00 petang.

Kami balik ke rumah Taman Meru untuk solat Asar dan kemudian ke Hospital Raja Permaisuri Bainon menziarah abang Big Boss yang sudah dipindahkan dari HKL ke Wad Kelas Satu di situ.


Aturcara hari ini agak padat dengan upacara makan-makan dari pagi hingga ke petang. Oleh kerana penat dan kekenyangan kami mengambil keputusan untuk bermalam terus di rumah Taman Meru.

23/8/2015 – Ahad
8 Zulkaedah 1436H
Hari ini kami berada di Ipoh dalam keadaan santai dan tiada mempunyai agenda tertentu. Sarapan pagi makan Kuew Toew Goreng dan Kari ‘Fishball’ di Chepor. Dari Chepor terus balik ke Kampong Kepayang singgah rumah baru kakak Big Boss. Kami dijamu makan lagi Kuih Sagu, Keropok dan Rambutan. 

Dari Kampung Kepayang balik semula ke rumah Taman Meru untuk mengambil pakaian dan barangan sebelum balik ke rumah Seri Manjung.

No comments:

Post a Comment