Wednesday 9 November 2016

AKTIVITI 3/9/2015

CATATAN HARIAN

Teks : Zaliha Yeop

PERJALANAN PERSARAAN SAYA

Khamis - 3/9/2015
19 Zulkaedah 1436H
Untuk bulan September saya agak malas untuk mempromosi pekhidmatan Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka yang saya usahakan. Semangat saya luntur seketika apabila pelanggan yang penerangan sudah dibuat tidak juga  menghubungi untuk tindakan selanjutnya. 

Saya mengambil kesempatan untuk berehat sehingga suatu masa yang sesuai atau bertemu dengan sesuatu yang lebih memberansangkan. Yang pasti 'TIADA BIG WHY’ untuk saya bertindak selanjutnya. Mengikut kiraan wang persaraan masih mencukupi untuk perbelanjaan bulanan sehingga 30 bulan lagi. Saya akan membuat pengeluaran KWSP sepenuhnya di dalam tempuh 25 bulan.

Hari ini rutin pagi seperti biasa. Umi dari Farmasi Sitiawan datang ke rumah untuk pembelian produk baru Nu Skin – YSPAN. Produk ini akan dikeluarkan pada 14/9/2015. Pukul 10.30 pagi saya ada temujanji dengan En Meor Mantan Pengurus Syarikat Takaful Malaysia Seri Manjung di Restoran Lambaian Rizka.

Pukul 12.30 tengahari saya balik ke rumah masak untuk makan tengahari Ikan Bawal Goreng, Sayur Taugeh Tahu dan Sambal Belacan. Semasa memasak pihak SignCo memaklumkan ‘Flyers’ yang saya tempah tempohari telah siap dan berjanji akan mengambilnya pada sebelah petang.

Saya mengambil keputusan untuk mengedarkan 500 keping ‘Flyers’ melalui ‘newspaper insertion’ suratkhabar The STAR melalui wakil akhbar di Manjung lama. Bayaran sebanyak RM25 dikenakan untuk perkhidmatan tersebut. Wakil akhbar akan memasukkan ‘Flyers’ di dalam akhbar The Star edaran esok hari Jumaat.

Setelah selesai saya balik ke rumah untuk membuat Rempeyek Kacang Tanah untuk kawan exBank Puan Norliza yang akan datang melawat ke Bank Muamalat Sitiawan esok. Proses membuat Rempeyek selesai pukul 6.30 petang.


Saya solat Maghrib di rumah sahaja hari ini. Selesai solat saya dan Aina ke Billion untuk membeli barangan keperluan sebelum balik semula ke kampus UTM Skudai sehingga pukul 10.00 malam.

No comments:

Post a Comment