Wednesday 9 November 2016

AKTIVITI 16-18/8/2015

CATATAN HARIAN

Teks : Zaliha Yeop

PERJALANAN PERSARAAN SAYA

16/8/2015 – Ahad
1 Zulkaedah 1436H
Hari ini kami solat Subuh berjemaah diikuti dengan Kuliah Subuh oleh Ustaz Edi Amin di Masjid Taman Desa Bayu. Saya ada temu janji berjumpa di rumah Puan Umi Hani dari Farmasi Sitiawan. Beliau mengesyorkan saya untuk mencuba YSPAN produk baru Nu Skin. Produk ini membantu memperbaiki sel-sel badan yang telah rosak supaya sihat sungguhpun umur kita meningkat. Saya bersetuju untuk mencuba produk baru walaupun mahal memandang harga produk itu sama dengan harga beberapa makanan tambahan yang saya maka setiap hari.

Untuk sarapan pagi kami hanya beli makanan di Pasar Tani sahaja. Selesai sarapan saya terus ke rumah Puan Umi bertemu beliau dan seorang lagi rakan beliau dari Singapura. Setelah diberi penerangan kebaikan produk YSPAN saya bersetuju untuk membeli produk tersebut yang hanya akan dikeluarkan pada 14/9/2015.

Menu makan tengahari kami hari ini Masak Lemak Telur dan Sayur Taugeh. Pada sebelah petang saya membuat persiapan perjalanan untuk menghadiri Mastermind Coaching MMM 2015 Super Supreme di Ecity Hotel pagi esok. Pada asalnya saya mengandaikan untuk memandu sendiri pergi pagi dan balik pada sebelah petang rupa-rupanya Big Boss menawarkan diri untuk pergi sekali menemani saya. Alhamdulillah saya berasa amat lega kerana rasa lega selesai satu cabaran memandu jauh.

Kami berjemaah solat Maghrib dan Isyak berjemaah di masjid.


17/8/2015 – Isnin
2 Zulkaedah 1436H
Kami bersiap sedia untuk ke Ecity Hotel pukul 3.30 pagi dan memulakan perjalanan pada pukul 4.10 pagi. Azeem dan Aina pun turut serta. Kami solat Subuh di Ulu Bernam dan sampai ke destinasi pukul 7.15 pagi. Perjalanan kami lancar dan tiada kesesakan lalulintas dan sebagainya.

Selesai urusan ‘checked-in’ saya lakukan solat Dhuha di bilik, mendaftar masuk program dan bersarapan pagi bersama Big Boss dan Azeem. Program berjalan dari pukul 9.00 pagi dan berhenti rehat pukul 1.00 tengahari. Semasa saya menghadiri program Big Boss Azeem dan Aina berjalan-jalan di sekitar One City dan telah siap sedia membelikan Sandwic SUBWAY untuk makan tengahari. Pada sebelah petang pula sesi program bermula pukul 2.30 petang dan berakhir pukul 4.40 petang.

Kami bermalam di Ecity Hotel bersama Alia dan Aliff. Untuk makan malam kami makan Nasi Arab di Shah Alam. Kemudian kami ke padang berhampiran Masjid Shah Alam menemani Aliff menerbangkan ‘DRONE’ nya sehingga pukul 11.00 malam.

18/8/2015 – Selasa
3 Zulkaedah 1436H
Kami ‘checked-out’ dari hotel pukul 7.00 pagi. Alia dan Aliff terus ke pejabat dan kami meneruskan perjalanan balik ke Seri Manjung melalui Lebuhraya LATAR. Kami sarapan pagi di Sg Besar. Selesai sarapan kami singgah menziarahi kakak saya di Simpang Lima dan sampai ke rumah pukul 11.36 pagi.

Menu tengahari hari ini saya masak Ketam/Telor Sambal dan Sayur.


Pukul 3.00 petang untuk pertama kalinya saya menghadiri kelas Agama di Masjid.

No comments:

Post a Comment