Wednesday 9 November 2016

AKTIVITI 21/8/2015

CATATAN HARIAN

Teks dan Gambar : Zaliha Yeop

PERJALANAN PERSARAAN SAYA

21/8/2015 - Jumaat 
6 Zulkaedah 1436H

Apabila saya melibatkan diri di dalam Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka saya ingin berkongsi ilmu Fardhu Kifayah kepada semua masyarakat Islam umumnya sahabat handai saudara mara dan adik beradik. Ia berkaitan dengan kepentingan untuk orang-orang Islam yang mempunyai harta untuk membuat perancangan ke atas harta yang dikumpulkan untuk disampaikan kepada orang yang mereka sayangi dalam bentuk yang mereka ingini.

Dari Abi Bazrah Al Aslami katanya: Rasulullah saw bersabda ' Tidak akan melangkah kaki anak Adam pada Hari Kiamat sehingga ditanyakan mengenai umurnya pada apa ia dihabiskan, mengenai ilmunya pada apa ia lakukan, mengenai hartanya dari mana ianya diperolehi dan ke mana ianya dibelanjakan dan mengenai tubuhnya pada apa ianya dihabiskan.'

Pagi ini Big Boss semasa rutin pagi membaca ‘The Star’ telah mengasingkan atikel ini dan dberikan kepada saya. Saya amat terharu di atas keperihatinannya itu. Kepada anda di luar sana mungkin atikel ini dapat membuka minda untuk membuat perancangan harta untuk diwariskan kepada insan-insan yang kita sayangi.

 

Pada sebelah tengahari saya membeli ikan bilis Pulau Pangkor sebagai cenderahati kepada kawan saya Puan Ruzilah dari Kuala Lumpur yang ada urusan kerja di Seri Manjung. Usai mengucapkan selamat tinggal kepada beliau saya berjumpa Puan Noor Fatihah pelanggan ex-Bank yang telah membuka farmasi sendiri berhampiran Giant Seri Manjung memaklumkan persaraan dan tugasan baru yang saya lakukan.

Di rumah Big Boss menyediakan Ikan Pari Bakar dan Kerabu Taugeh/Kerang untuk makan tengahari. Petang ini kami akan menerima tetamu Puan Nuraihan dan keluarga kawan semasa di Sekolah Rendah dan Menengah Khir Johari. Beliau singgah sebentar di rumah sebelum menziarahi Puan Rosmah di Hospital Angkatan Tentera. Saya menyediakan Cucur Ikan Bilis dan ‘Marble Cake’ untuk dihidangkan minum petang kepada mereka.


Pukul 6.00 petang saya dan Big Boss berbasikal lima pusingan sekeliling taman diikuti rutin harian solat berjemaah di masjid.

No comments:

Post a Comment