Wednesday 9 November 2016

AKTIVITI 1-15/6/2015

CATATAN HARIAN

Teks : Zaliha Yeop

PERJALANAN PERSARAAN SAYA


Selesai program 'Real Estate Negotiation' di Alor Star kami balik dan bermalam di rumah kami di Ipoh. Tujuan asal membersih dan mengemaskan rumah untuk kami jadikan 'Homestay' dan pada masa yang sama dapat memendekkan perjalanan dari terus balik ke rumah di Seri Manjung.

1/6/2015 - Isnin
Hari pertama menjadi YB-Yang Bersara. 
Rutin pagi masih seperti biasa semuga begitu juga untuk hari-hari seterusnya Insya Allah. Yang berbeza dahulu bekerja untuk majikan, sekarang bekerja untuk diri sendiri. Semuga Allah memberkati dan melimpahkan rahmat segala usaha yang akan ďilaksanakan. Saya memulakan tugasan hari itu dengan membersihkan dua bilik/bilik air, mencuci dan mengemop lantai ruang tamu dan dapur serta menyusun atur perabut hingga selesai. 
Kami balik ke rumah Seri Manjung petang hari itu.

2/6/2015 - Selasa
Hari kedua menjadi YB.
Pada hari kedua saya agak kelam kabut untuk menguruskan masa. Terlalu banyak benda yang saya ingin buat dan tidak tahu mana yang perlu didahulukan. Saya mengambil keputusan untuk mengemaskini FB dan menjawab ucapan selamat bersara dari rakan-rakan. Tugasan mengemaskini FB pun mengambil masa separuh hari.

Hari-hari berikutnya saya akan melakukan perkara/tugasan yang jarang dapat saya lakukan semasa masih bertugas antaranya:

1. Mencuba untuk istiqamah Solat Subuh, Maghrib dan Isyak berjemaah 
   di masjid bersama Big Boss
2. Membaca Al Quran selepas Subuh dan juga bila-bila masa (1 Juz 
   dalam dua hari)
3. Mengemas dan menyusun atur barangan di rumah yang telah lama   
   saya tinggalkan.
4. Memasak untuk keluarga. 

Muhammad Azeem yang sudah tamat pelajaran di Universiti Teknologi Petronas masih tinggal di rumah sementara mendapat kelulusan permohonan pekerjaannya.


4/6/2015 - Khamis
Rutin pagi saya seperti biasa. 
Petang itu kami sekeluarga akan ke Kuala Lumpur. Saya akan menghadiri Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) Dr Azizan Osman pada 5-7/6/2015 di Wisma MCA. Sebelum ke Kuala Lumpur kami perlu pergi ke rumah di Ipoh bagi membolehkan agen 'pest control' membuat tindakan susulan rawatan anai-anai. 

Kami sampai ke destinasi  pada pukul 8.45 malam dan menginap di Corus Hotel Jalan Ampang. 


5-7/6/2015 - Jumaat, Sabtu dan Ahad 
Saya menghadiri Program Millionaire Marketing Mastery (MMM Jun 2015) Dr Azizan Osman di Wisma MCA Jalan Ampang Kuala Lumpur.

8/6/2015 - Isnin
Semasa hari pertama Program Millionaire Marketing Mastery saya 'upgrade' status pendaftaran kepada 'Super Supreme' dengan membayar yuran tambahan sebanyak RM2,000. Status ini melayakkan saya untuk menghadiri sesi Mastermind Coaching Dr Azizan Osman pada hari Isnin.

Saya berada di Kuala Lumpur selama empat hari dan balik ke Seri Manjung petang itu. Program (MMM) ini memberi pendedahan teknik pemasaran yang detail dan banyak yang perlu saya hadam dan laksanakan.  

9/6/2015 - Selasa
Lanjutan dari program MMM Jun 2015 saya memulakan hari ini dengan mengemaskini 'Profile FB' supaya teratur dan menyakinkan pembaca. Syukur Alhamdulillah.

10/6/2015 - Rabu
Sungguh pantas masa berlalu. 
Sepuluh hari yang lepas terasa seperti saya 'On Mandatory Leave' dan bukan bersara kerana terlalu banyak aktiviti dan perkara yang saya sedang dan akan lakukan. Saya terlalu sibuk dan adakalanya hilang fokus..dalam erti kata lain 'entah buat apa-apa..' 

Pada masa yang sama saya membuat persiapan untuk menghadiri Kursus Asas Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd pada 13-14/6/2015. Terima kasih kpd Puan Suraiya Mohd Nor mantan wartawan/pemberita Berita Harian dan majalah JELITA (berkawan semenjak dari Sekolah Rendah dan Menengah lagi...) yang memperkenalkan kepada saya Wasiyyah Shoppe. 

Beliau yang juga merupakan seorang Unit Trust Consultant CWA secara 'freelance' selepas bersara awal dari bidang kewartawanan beberapa tahun yang lepas telah mencadangkan saya Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka sebagai karier selepas bersara.

11/6/2015 - Khamis
Rutin harian seperti biasa dan status update FB agak terlewat hanya setelah selesai solat Maghrib dan Isyak berjemaah  juga bacaan Yassin dan Tahlil disedekahkan kepada arwah keluarga jemaah 
di Masjid Salahudin Taman Desa Bayu Seri Manjung . Alhamdulillah.


12/6/2015 - Jumaat
Rutin Subuh berjemaah masih dapat saya kekalkan. 
Petang ini saya akan bermusafir menaiki keretapi ETS dari Batu Gajah-KL Sentral selama 2 hari  menghadiri Kursus Asas Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd. Program ini bantu memantapkan ilmu Fardhu Kifayah. Semuga Allah permudahkan usaha saya dan ilmu yang diperolehi boleh dimanfaatkan untuk membantu muslimin/muslimat untuk membuat Wasiat dgn sempurna. 
Amin.

Di KL Sentral saya bertemu sahabat lama saya di Bank Muamalat Malaysia Berhad Puan Kartini Yusoff yang secara kebetulan berada di Kuala Lumpur. Beliau menjadi seorang pensyarah di INCEIF setelah berhenti dari Bank setahun yang lepas. Terlalu banyak yang kami rancang untuk dilaksanakan di dalam pertemuan setengah jam.

Kami berpisah saya mengambil teksi ke Hotel Duta Jalan Kuching dan beliau menaiki ERL ke KLIA untuk balik ke Kota Bharu.


13/6/2015 - Sabtu
Hari pertama Kursus Asas Perancangan dan Pengurusan Harta dan Pusaka. Program ini sarat dengan ilmu baru berkaitan Perkhidmatan Pengurusan dan Perancangan Harta Secara Syariah Komprehensif Yang Pantas dan Mudah di pejabat Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.

Selesai kursus saya  ke sesi santai petang (makan-makan sebelum berpuasa) bersama dua rakan sekolah di SRKJ dan SMKJ Sungai Sumun - Suraiya dan Raden  Asmawati di Alexis Bangsar Shopping Centre. Menu pilihan 'Fish and Chips', 'Iced Coffee with Vanilla Ice Cream' beserta 'Meringue Layered Cakeke with Fresh Strawberries'. 
Pertemuan yang sungguh awesome.

14/6/2015 - Ahad
Hari Kedua Kursus Asas
Hujan lebat waktu pagi di Kuala Lumpur. Saya menghadapi masalah mendapatkan teksi untuk ke pejabat Wasiyyah Shoppe. Tiada teksi yang lalu di Jalan Duta apabila saya hubungi melalui telefon. Supaya dapat hadir tepat waktu saya menumpang kereta seseorang untuk ke stesyen bas dekat Gombak untuk mendapatkan teksi. Itulah ujian kesusahan yang pertama saya alami. walau apapun saya sampai tepat pukul 9.00 pagi.
   
Program diteruskan dan kesemua peserta perlu lulus ujian petang itu untuk layak menjadi Perunding Profesional Mawarith (PPM) di Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.


15/6/2015 - Isnin
Saya masih berada di Kuala Lumpur dan menempah teksi awal dari Hotel Duta ke Seksyen 7 Shah Alam bagi menghadiri mesyuarat mingguan di Kausar Wealth Management. Kausar Wealth Management Sdn Bhd ialah Kumpulan Perunding Eksekutif (KPE) bagi Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd. Pejabatnya terletak di PKNS Bizpoint Seksyen 7 Shah Alam Selangor.

Saya sampai ke Seksyen 7 Shah Alam dengan membayar tambang teksi bermeter sebanyak RM55.00. Kehadiran saya yang agak awal +/- 8.05 pagi telah memberi peluang saya berkenalan dengan En Kham dan Pn Suzana Pengarah Kausar Wealth Management Sdn Bhd. 

Bertemu mereka melebarkan networthing dan perkongsian ilmu/pengalaman sebagai PPM Wasiyyah Shoppe. Saya amat berbangga berkenalan dengan mereka yang punya pengalaman yang luas di dalam bidang Pengurusan Harta dan Pusaka.  

Saya tinggalkan sesi pertemuan pada pukul 3.40 petang untuk ke KL Sentral dan balik ke Seri Manjung. Disepanjang perjalanan saya tidak berhenti berdoa untuk mendapatkan tiket keretapi ETS ke Bt Gajah selewat-lewatnya pukul 7 malam.

Alhamdulillah saya dapat membeli tiket ETS perjalananan pukul 6 petang dan terus memaklumkan kepada suami jadual perjalanan saya balik ke Seri Manjung. Terima kasih Puan Khatijah rakan PPM yang baru dikenali kerana sudi menghantar saya ke KL Sentral. Semuga Allah membalas jasa baik Puan. Jutaan terima kasih juga buat suami yg tidak jemu2 menghantar/menunggu isterinya berulang-alik ke Kuala Lumpur.

Sampai ke destinasi stesyen Bt Gajah pkl 8.15 malam dan sampai ke rumah di Seri Manjung pkl 9.15 malam. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment