Wednesday 9 November 2016

AKTIVITI 25/8/2015

CATATAN HARIAN

Teks : Zaliha Yeop

PERJALANAN PERSARAAN SAYA

25/8/2015 - Selasa 
10 Zulkaedah 1436H
Hari Selasa rutin mingguan untuk Grup Kumpulan Yaasin yang diketuai oleh jiran baik saya Puan Habibah Rasdi. Sepanjang bulan Ramadan tiada aktiviti diadakan untuk memberi penumpuan kepada program Tadarus di Masjid Desa Bayu. Hari ini aktiviti bacaan Yaasin yang pertama selepas Ramadan dan Hari Raya diadakan di rumah Puan Che Liyan di Taman Samudera Baru.

Saya mula mengikuti kumpulan ini semasa digantung tugas pada 2011 dengan ahli-ahli seramai lebih kurang 20 orang. Mereka terdiri dari jiran tetangga yang pada asalnya berkumpul untuk makan-makan bersama keluarga. Kemudian perkumpulan ini ditambah dengan aktiviti yang lebih berfaedah dengan bacaan Yaasin. Ahli-ahli kumpulan sekarang berjumlah 43 orang dan ramai ahli-ahli baru.Ini ialah kali pertama saya mengikuti aktiviti semenjak bersara. 

Kami juga mempunyai Grup Whatsapp untuk memaklumkan kepada ahli dimana bacaan akan diadakan. Mana-mana ahli yang berhajat untuk mengadakan bacaan Yaasin akan menjadi tuan rumah pada minggu tersebut.

Bacaan Yaasin bermula pukul 9.00 pagi dan saya pergi bersama dengan jiran saya Puan Zaharah dan Cikgu Siti Arfah. Saya berkenalan dengan ramai jiran yang juga ahli baru. Selesai bacaan Yaasin tuan rumah menyediakan kami Mee/Bihun/Kuey Teow Sup, Nasi dan lauk pauk serta berbagai kuih muih. Sungguh meriah suasana kerana hampir dua bulan tidak bertemu. 

Saya balik ke rumah untuk masak tengahari Nasi, Sup Tulang dan Sambal Kicap.

Pukul 2.30 petang saya ada temujanji berjumpa Puan Mahanum jiran saya untuk memberi penerangan Perancangan dan Pengurusan Harta Pusaka yang saya kendalikan. Beliau memaklumkan suami beliau telah pun membuat perancangan/pengurusan Wasiat dengan As-Salihin Trustees Sdn Bhd. Walau bagaimanpun beliau akan mencadangkan supaya suaminya membuat Hibah untuk beberapa harta yang mereka miliki.


Selepas solat Asar di rumah saya ke SignCo untuk mengemaskini, menyemak dan mengesahkan‘Flyers’ yang saya tempah sebelum dicetak. Setelah berpuashati dengan ‘design’ yang diberi saya menempah untuk cetakan 1000 keping untuk diedarkan di kejiranan saya. Itu adalah salah satu dari usaha saya untuk mewar-warkan kepada masyarakat aktiviti yang saya lakukan selepas persaraan.

No comments:

Post a Comment