Wednesday 9 November 2016

AKTIVITI 27-31/7/2015

CATATAN HARIAN

Teks : Zaliha Yeop

PERJALANAN PERSARAAN SAYA

27/7/2015 – Isnin
11 Syawal 1436H
Ramadan kita berpuasa dan dapat dirasakan badan agak ringan kerana perut kita berehat di siang hari. Setelah sepuluh hari berhari raya ditambah dengan jemputan rumah terbuka dan majlis doa selamat berat saya sudah berganda. Kami memulakan puasa Sunat Syawal hari ini berturut-turut dengan sasaran untuk selesai enam hari pada hari Sabtu ini. Saya juga telah mula mengulang semula mengaji Al Quran setelah khatam di bulan Ramadan.

Saya mulakan hari ini awal untuk rutin pagi dan bersahur. Usai solat Subuh di masjid saya sediakan Roti Telur untuk sarapan anak-anak. Saya juga menyediakan Kerang Masak Lemak untuk makan tengahari.

Tengahari ini saya akan bermusafir semula menghadiri Mastermind Coaching MMM Jun 2015 Super Supreme di Ecity Hotel. Aina pula akan ke UTM Skudai sebagai AJK penganjur bagi menjayakan Sukan Antara Universiti yang diadakan di Kampusnya. Sebelum bertolak saya menyediakan barang-barang keperluan  Aina  untuk di bawa dan digunakan sepanjang tujuh hari berada di sana. 

Kami memulakan perjalanan pukul 1.40 tengahari dari Seri Manjung ke KTMB Batu Gajah menaiki ETS pukul 3.11 petang dan sampai ke KL Sentral pukul 5.35 petang. Aliff menjemput kami dari KL Sentral untuk ke Ecity Hotel pukul 6.40 petang. Sebelum itu saya membeli tiket untuk balik ke Seri Manjung pukul 8.00 malam esok dan sedikit makanan untuk berbuka puasa.

Saya berbuka puasa di dalam kereta kerana kesesakan lalulintas dari KL Sentral dan sampai ke Ecity Hotel pukul 8.30 malam. Selesai urusan ‘checked-in’ dan solat Jamak Maghrib dan Isyak kami makan malam di Adam Khair Chinese Muslim Restaurant di Puchong. Selesai makan kami ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk membeli tiket bas Aina ke UTM Skudai pukul 8.30 pagi esok.

Selesai urusan kami sampai semula ke Ecity Hotel pukul 11.30 malam. Alia pula menyusul untuk bermalam bersama kami bertiga di hotel.

28/7/2015 – Selasa
12 Syawal 1436H
Saya bangun seperti biasa pukul 4.30 pagi dan bersahur untuk puasa sunat hari kedua. Selesai Subuh pukul 6.30 pagi Aliff menghantar Aina ke TBS sebelum ke pejabat. Alia pula balik ke rumahnya sebelum ke pejabat.

Pukul 7.30 pagi saya pula bersiap sedia untuk pendaftaran menghadiri program Mastermind Business Coaching di Ballroom. Program sesi pagi dimulakan pukul 9.00 pagi hingga 1.10 tengahari. Saya bertemu kenalan baru Puan Nor Zaharan dan kami bersama sepanjang program dijalankan. 

Waktu program rehat untuk makan tengahari saya ke bilik hotel untuk solat Jamak Zuhur dan Asar dan  urusan ‘checked-out’ hotel. Program bersambung untuk sesi petang pukul 2.40 – 4.40 petang. Aliff menghantar saya dari Ecity Hotel pukul 6.40 petang dan sampai ke KL Sentral pukul 7.15 malam. Saya sempat berbuka puasa di KFC bersama Aliff dan Alia yang tiba dari pejabatnya di Damansara.

Pukul 7.50 malam saya menaiki ETS dan sampai ke Batu Gajah pukul  10.20 malam. Big Boss sudah sedia menunggu dan kami sampai ke rumah di Seri Manjung pukul 11.30 malam.

29/7/2015 – Rabu
13 Syawal 1436H
Rutin hari ini seperti biasa. Saya perlu ke pejabat Noraini Asikin and Associates kawan peguam saya untuk mengambil salinan sah geran tanah untuk bicara kuasa harta pusaka Arwah Unni . Arwah Unni ialah adik kepada Darnawati pembantu saya di rumah yang harta pusakanya tidak diselesaikan setelah dua tahun meninggal dunia. Ini adalah salah satu usaha saya membantu mereka menyelesaikan masalah harta pusaka.

Selesai urusan di pejabat peguam saya balik ke rumah. 

Pada sebelah petangnya saya menyediakan Rebung masak lemak Udang dan Ikan Merah Sambal untuk juadah berbuka puasa.

30/7/2015 – Khamis
14 Syawal 1436H
Hari keempat kami berpuasa sunat Syawal. Hari ini saya perlu menyelesaikan beberapa urusan perbankan dan membeli beberapa barang-barang keperluan harian di AEON Seri Manjung.

Pukul 12.30 tengahari kawan Big Boss En Jamhari dari Telekom Ipoh datang berhari raya di rumah sebelum menghadiri mesyuarat di Pejabat Daerah Seri Manjung pada pukul 2.00 petang. Kami hidangkan beliau dengan dua ‘large’ Pizza yang dibeli dari AEON.


Untuk berbuka puasa hari ini kami makan Dalca Kambing dan lebihan pizza. 

31/7/2015 – Jumaat
15 Syawal 1436H

Hari kelima berpuasa tiada sebarang aktiviti menarik hari ini. Hidangan untuk berbuka saya menyediakan Sotong Goreng Kunyit, Sayur Kacang Buncis dan Tempe/Cendawan Goreng hari ini.

No comments:

Post a Comment