Wednesday 3 August 2016

PEWARISAN HARTA

PERANCANGAN DAN PEWARISAN HARTA DAN PUSAKA

PEWARISAN HARTA

Teks: Zaliha Yeop
Posting FB Komuniti I Love Manjung

Assalamualaikum wbt….

Kepada warga KILM

Saya Zaliha binti Yeop
Mantan Pengurus Bank Muamalat Malaysia Berhad
Cawangan Seri Manjung, Ipoh, Seberang Jaya dan Bayan Baru.

Saya telah bersara awal di bawah Skim Pemberhentian Secara Sukarela (VSS) mulai 1/6/2015 dan pada masa ini bergiat aktif sebagai Perunding Profesional Mawarith (PPM) di dalam bidang PEWARISAN HARTA bersama Wasiyyah Shoppe Berhad di bawah agensi pemasaran Kausar Wealth Management Sdn Bhd.

Izinkan saya berkongsi ILMU Pewarisan Harta, Wasiat dan Faraid.

PEWARISAN HARTA menjadi isu penting pada masa ini kerana statistik 2013 menunjukkan terdapat sebanyak RM66.6 Billion harta beku dan masih di atas nama orang yang sudah meninggal dunia.

Majoriti harta tersebut - 90% kepunyaan orang-orang Islam.

Ini merupakan satu kerugian kerana harta yang ditinggalkan gagal dimanfaatkan oleh waris yang hidup dan tiada nilai ekonomi kepada masyarakat.

Masalah timbul kerana kegagalan tuan punya HARTA untuk membuat pewarisan harta kepada waris-waris semasa masih hidup.

Mereka mengandaikan waris boleh terus mewarisi harta selepas kematian mengikut hukum Faraid.

Ada juga yang membuat wasiat/pesanan tidak bertulis dan tidak bersaksi yang menimbulkan pertelingkahan dan perebutan di kalangan waris-waris setelah mereka sudah meninggal dunia.

Kekeliruan juga timbul dalam isu Wasiat dan Faraid kerana kurangnya ilmu dan kepakaran berkaitan perlaksanaan Wasiat dan Faraid di Malaysia.

Faraid (Surah An Nisa) ialah pembahagian harta pusaka simati kepada waris-waris yang ditinggalkan.

Wasiat pula ialah perlantikan wasi/pentadbir selepas kematian dan pesanan 1/3 harta diberi kepada bukan waris.

Apabila berlaku kematian, semua harta simati menjadi BEKU dan menjadi Harta Pusaka. Harta Pusaka perlu dituntut oleh waris-waris mengikut proses/saluran yang ditentukan mengikut jumlah dan jenis harta yang ditinggalkan.

Pembahagian harta pusaka kepada waris-waris ialah mengikut hukum Faraid.

Apabila Harta Simati Beku waris yang membuat tuntutan pusaka akan berhadapan dengan situasi berikut:

1.      Tuntutan Harta Pusaka menjadi rumit kerana waris perlu berurusan dengan pelbagai agensi mengikut harta pusaka yang ditinggalkan oleh simati.

2.      Tuntutan Harta Pusaka mengambil masa yang agak panjang sekiranya waris tidak tahu cara yang tepat untuk membuat tuntutan.


3.      Tuntutan Harta Pusaka melibatkan kos yang tinggi. Faktor kos yang tinggi untuk berurusan dengan agensi terlibat menyebabkan waris putus asa dan tidak membuat tuntutan harta pusaka kerana tidak mempunyai kewangan yang cukup.

4.      Adakalanya waris-waris gagal untuk bermuafakat dalam urusan tuntutan Harta Pusaka dan mereka mengharapkan diantara satu sama lain dalam proses untuk membuat tuntutan.

5.      Waris tidak faham ilmu Faraid yang menimbulkan pertelingkahan di dalam hal pembahagian Harta Pusaka di antara mereka.

Masalah di atas adalah punca mengapa Harta Pusaka beku dan tidak dapat dimanfaatkan.

Menyedari permasalahan tersebut Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB) mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan Pewarisan Harta secara Komprehensif berlandaskan SYARIAH menggunakan kaedah berikut:

1. Pengurusan - Al Wasitah
2. Perancangan - HIBAH

Selain dari itu WSB menyediakan pelbagai produk Pewarisan Harta bagi memenuhi keperluan pelbagai jenis harta yang dimiliki bagi masyarakat Islam di Malaysia.

Jadikan harta yang dimiliki harta yang BARAKAH memberi manfaat kepada waris dan saham anda di AKHIRAT.

Elakkan harta yang menjadi FITNAH akibat kegagalan kita merancang Pewarisan Harta sehingga menimbulkan perebutan dikalangan waris.

Hubungi saya :  05-688 4509 Atau PM/WA 012-506 9062 untuk runding cara percuma.

Juga sila layari : zalihayeop.blogspot.my

#WasiyyahShoppe
#KausarWealthManagement
#Wasiat
#Hibah
#PewarisanHarta
#HartaBeku
#PraHibah
#HartaSepencarian
#AtTijarah
#AlMutahabbah
#FamilyTrust