Teks : Zaliha Yeop
PERJALANAN PERSARAAN SAYA
16 Zulkaedah 1436H
Hari ini kami bangun pukul 5.49 pagi terlewat dari kebiasaan mungkin terlalu penat dengan aktiviti semalam dan solat Subuh di rumah sahaja. Kami sekeluarga bersiap-sedia untuk ke Seremban memenuhi undangan ke majlis perkawinan anak sulung kawan Big Boss di SRC Ipoh. Ianya juga sebagai kunjungan balas kerana kawan Big Boss sudah dua kali bertandang ke rumah kami sekali di Taman Meru Ipoh dan yang kedua di Seri Manjung semasa pengantin yang bakal diraikan hari ini belajar di UNIKL.
Dari Ampangan kami singgah sebentar ke Nilai 3 untuk pertama kalinya. Kakak Ipar dan Biras saya selalu bercerita perihal pelbagai barangan murah yang dijual di Nilai 3. Mereka sering membeli barang-barang perkahwinan anak-anak di situ. Begitu juga dengan kesemua perabot dan permaidani di rumah baru mereka hampir kesemuanya dibeli dan dihantar dengan kontena ke Ipoh.
Tujuan saya ke Nilai 3 hanya satu untuk membeli permaidani baru untuk ruang tamu rumah. Esok ada bacaan Yaasin dan ruang tamu utama tiada Permaidani. Saya pun membeli sehelai permaidani yang warna dan design dipersetujui oleh semua anak-anak.
Selesai semua urusan kami pun balik menghantar Aliff dan kemudiannya Alia ke rumah masing-masing. Kami solat Jamak Maghrib dan Isyak di kawasan rehat Sg Buloh makan malam di KFC dan meneruskan perjalan balik ke Seri Manjung. Azeem memandu menggantikan Big Boss dari Sg Buloh. Kami sampai di rumah pukul 11.30 malam.
No comments:
Post a Comment