PERANCANGAN DAN PEWARISAN HARTA DAN PUSAKA
PEWARISAN HARTA
Teks: Zaliha Yeop
Posting FB Komuniti I Love Manjung
Assalamualaikum
wbt….
Kepada
warga KILM
Saya
Zaliha binti Yeop
Mantan
Pengurus Bank Muamalat Malaysia Berhad
Cawangan
Seri Manjung, Ipoh, Seberang Jaya dan Bayan Baru.
Saya
telah bersara awal di bawah Skim Pemberhentian Secara Sukarela (VSS) mulai
1/6/2015 dan pada masa ini bergiat aktif sebagai Perunding Profesional Mawarith
(PPM) di dalam bidang PEWARISAN HARTA bersama Wasiyyah Shoppe Berhad di bawah
agensi pemasaran Kausar Wealth Management Sdn Bhd.
Izinkan saya berkongsi ILMU
Pewarisan Harta, Wasiat dan Faraid.
PEWARISAN
HARTA menjadi isu penting pada masa ini kerana statistik 2013 menunjukkan
terdapat sebanyak RM66.6 Billion harta beku dan masih di atas nama orang yang
sudah meninggal dunia.
Majoriti
harta tersebut - 90% kepunyaan orang-orang Islam.
Ini
merupakan satu kerugian kerana harta yang ditinggalkan gagal dimanfaatkan oleh
waris yang hidup dan tiada nilai ekonomi kepada masyarakat.
Masalah
timbul kerana kegagalan tuan punya HARTA untuk membuat pewarisan harta kepada
waris-waris semasa masih hidup.
Mereka
mengandaikan waris boleh terus mewarisi harta selepas kematian mengikut hukum
Faraid.
Ada
juga yang membuat wasiat/pesanan tidak bertulis dan tidak bersaksi yang
menimbulkan pertelingkahan dan perebutan di kalangan waris-waris setelah mereka
sudah meninggal dunia.
Kekeliruan
juga timbul dalam isu Wasiat dan Faraid kerana kurangnya ilmu dan kepakaran
berkaitan perlaksanaan Wasiat dan Faraid di Malaysia.
Faraid
(Surah An Nisa) ialah pembahagian harta pusaka simati kepada waris-waris yang
ditinggalkan.
Wasiat
pula ialah perlantikan wasi/pentadbir selepas kematian dan pesanan 1/3 harta
diberi kepada bukan waris.
Apabila
berlaku kematian, semua harta simati menjadi BEKU dan menjadi Harta Pusaka.
Harta Pusaka perlu dituntut oleh waris-waris mengikut proses/saluran yang
ditentukan mengikut jumlah dan jenis harta yang ditinggalkan.
Pembahagian
harta pusaka kepada waris-waris ialah mengikut hukum Faraid.
Apabila
Harta Simati Beku waris yang membuat tuntutan pusaka akan berhadapan dengan
situasi berikut:
1.
Tuntutan
Harta Pusaka menjadi rumit kerana waris perlu berurusan dengan pelbagai agensi
mengikut harta pusaka yang ditinggalkan oleh simati.
2.
Tuntutan
Harta Pusaka mengambil masa yang agak panjang sekiranya waris tidak tahu cara
yang tepat untuk membuat tuntutan.
3.
Tuntutan
Harta Pusaka melibatkan kos yang tinggi. Faktor kos yang tinggi untuk berurusan
dengan agensi terlibat menyebabkan waris putus asa dan tidak membuat tuntutan
harta pusaka kerana tidak mempunyai kewangan yang cukup.
4.
Adakalanya
waris-waris gagal untuk bermuafakat dalam urusan tuntutan Harta Pusaka dan
mereka mengharapkan diantara satu sama lain dalam proses untuk membuat
tuntutan.
5.
Waris
tidak faham ilmu Faraid yang menimbulkan pertelingkahan di dalam hal
pembahagian Harta Pusaka di antara mereka.
Masalah
di atas adalah punca mengapa Harta Pusaka beku dan tidak dapat dimanfaatkan.
Menyedari
permasalahan tersebut Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB) mengambil inisiatif
menyediakan perkhidmatan Pewarisan Harta secara Komprehensif berlandaskan
SYARIAH menggunakan kaedah berikut:
1.
Pengurusan - Al Wasitah
2.
Perancangan - HIBAH
Selain
dari itu WSB menyediakan pelbagai produk Pewarisan Harta bagi memenuhi
keperluan pelbagai jenis harta yang dimiliki bagi masyarakat Islam di Malaysia.
Jadikan
harta yang dimiliki harta yang BARAKAH memberi manfaat kepada waris dan saham
anda di AKHIRAT.
Elakkan
harta yang menjadi FITNAH akibat kegagalan kita merancang Pewarisan Harta sehingga
menimbulkan perebutan dikalangan waris.
Hubungi
saya : 05-688 4509 Atau PM/WA 012-506
9062 untuk runding cara percuma.
Juga
sila layari : zalihayeop.blogspot.my
#WasiyyahShoppe
#KausarWealthManagement
#Wasiat
#Hibah
#PewarisanHarta
#HartaBeku
#PraHibah
#HartaSepencarian
#AtTijarah
#AlMutahabbah
#FamilyTrust
No comments:
Post a Comment